Tuesday, April 10, 2012

Klebang Original Coconut Shake

Kami dalam perjalanan mencari kedai ikan bakar. Ternampak ramai sangat orang beratur di tepi jalan. Terus singgah tengok apa yang dijual.



Dah singgah tu tak adalah singgah saja-saja. Haruslah beli sebab tengok coconut shake ni macam best. Bila tiba giliran saya, coconut shake sudah habis. Saya diminta pergi ke kedai di dalam.



Ini keadaan kedai di tepi jalan. Orang dah tak ada sebab coconut shake sudah habis.





Inilah coconut shake yang saya beli. Beli 4 bungkus lagi tu. Air kelapa dikisar bersama ais dan isi kelapa muda. Lepas tu ditambah dengan ais krim vanila di atasnya. Memang sedap sangat!



Kalau pergi Melaka jangan lupa cuba ya!

Memandangkan tujuan asal adalah mencari kedai ikan bakar, saya nak tayang ikan bakar yang kami makan di Melaka.


Rasanya ada sikit-sikit macam asam pedas. Bagi saya tak berapa sedap sebab terlalu berminyak.

Lagi satu menu yang special di sini adalah kupang masak pedas. Rasa pun biasa-biasa saja.


Kesimpulannya, frust makan ikan bakar di Melaka sebab tak sedap. Maybe kami tak pandai cari kedai yang best.

8 comments:

.:chEyaNtie:. said...

kakak, ni makan belah mana?klebang kot?rasanya kalo ke umbai,boleh tahan sedapnye la

.:chEyaNtie:. said...

pertanyaan tu untuk ikan bakar yek hhehe kalo dah nampak entri coconut tu,saya teka akak makan belah klebang jugak la

Aishah Megahasz said...

Makan dekat dengan Klebang. Tak pandai sangat cari tempat. Ikut apa kata GPS je...

huzein said...

Ikan bakar tu dekat tanjung keling.

Aishah Megahasz said...

Eh...ikan bakar tu dekat Tanjung Keling (tula...asyik tido dalam kereta saja...)

.:chEyaNtie:. said...

oOoOO tanjung kling..biasanya kalo yg famos di umbai..jalan nak ke muar tu kak..

hehe yela biasala tu co pilot mesti tidoq lebih dr pilot,nak memberi peluang kepada pilot untuk menikmati pemanduan hahaha

M1ss F0r3st said...

as-salam,
kalau ikan bakar, saya suggest next time ke alai - seri muara alai. tapi kat situ byk jugak kedai2 lain. tapi saya mmg tak pernah rasa. tekak dah terpaut di kedai ni. http://along25.blogspot.com/2011/05/terjah-alai.html baru je balik mingg lepas gathering dengan kawan2. so far, family & frens yg saya bawak ke sini, berkenan la..selamat mencuba.

Aishah Megahasz said...

Miss Forest: Oh, TQ. Ada rezeki kalau ke Melaka bolehlah makan di situ.