Tuesday, April 17, 2012

Melaka - Muar - KL - Ipoh

Zoo Melaka merupakan destinasi terakhir kami di Melaka. Kalau nak ikutkan ada banyak lagi tempat yang tak sempat kami pergi sepanjang berada di Melaka. Agaknya kena duduk Melaka seminggu baru habis melawat semua tempat.

Memandangkan Melaka sudah dekat sangat dengan Muar, jadi kami singgah sekejap di Muar. Bila dah sampai ke Muar, terus cari kedai yang menjual rempah nasi beriani dan soto. Ada juga dijual dalam bentuk pes. Pes untuk buat mee bandung pun ada. Pusing saja sekitar pekan Muar, memang boleh jumpa. Borong bawa balik untuk mak-mak di rumah.


Kalau sampai ke Johor harus cuba Nasi Beriani. Nama kedai tak ingat. Cari kedai ni pakai GPS. Lauk-pauk dia ok, sedap. Tapi Nasi Beriani dia biasa-biasa saja. Saya lebih suka nasi beriani mamak Penang. 


Lupalah pula nama telur ni. Sangat popular di Johor. Kalau ada kenduri-kendara di Johor mesti  ada telur ni. Telur ni direbus dengan herba sebab tu kulit dia jadi gelap.


Selesai makan, kami ke Astaka dan Pasar Awam Maharani.


Tujuan datang ke sini nak cari pisang tanduk. Memang banyakla orang jual. Harga pisang tanduk di sini lebih murah.

Selain tu kalau ke sini jangan lupa beli kerepek pisang tanduk. Memang sedap.


Memandangkan Muar sangat terkenal dengan mee bandung, kami beli bungkus bawa balik. Perut kenyang lagi sebab baru lepas makan nasi beriani. Mee bandung ni kami bawa balik ke Ipoh dan simpan dalam peti sejuk. Keesokkan harinya baru panaskan semula dan makan.


Dari Muar kami berpatah balik untuk pulang dan singgah di Ikea. Ikea ni seperti biasa memang ramai sangat orang. Nak makan pun kena beratur panjang.



Beratur panjang pun tak apa. Sangat berbaloi sebab dapat makan meatball yang sangat sedap ini. Ini antara makanan kegemaran saya.


Anak-anak pun suka.



Lepas makan kami masuk ke dalam Ikea sekejap. Anak-anak saya tak reti-reti penat. Buat Ikea macam rumah sendiri pula.


Dari Ikea kami terus balik ke Ipoh, bermalam di rumah mertua saya.

Habislah cerita percutian kami ke Melaka. Penat ke baca? Takpe, nanti saya kasi hadiah (hadiah kecil saja). Nak? Tunggu next-next entry ok.

2 comments:

.:chEyaNtie:. said...

kakak,telo tu namanya telo pindang..sekarang jarang dah orang johor buat telo pindang untuk majlis kenduri..sob sob sob..(sedih sebagai orang johor ehehe) mungkin dah tak rajin nak merebus pakai daun bagai..kat kampung2 mungkin ada lagi

sedap tuuuu..

Aishah Megahasz said...

Buat telur ni ambik masa lama tu yang orang malas kot. Tapikan..pergi kenduri sekarang pun orang dah malas bagi telur rebut. Bagi gula-gula aje...