Tuesday, April 3, 2012

Monorel Melaka

Monorel Melaka baru sahaja beroperasi. Terletak berhampiran dengan Melaka River Cruise. Harga untuk naik monorel saya tak ingat :)


Dari atas perhentian monorel memang boleh nampak kawasan Melaka River Cruise. Penuh dengan deretan bot. Kami berhajat naik bot pada waktu malam sebab ramai yang kata permandangan lebih cantik.



Masa kami beli tiket untuk naik monorel memang tak ada orang lansung di situ. Jadi kami satu keluargalah yang naik monorel masa tu.



Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.






Dari dalam monorel boleh nampak Kampung Morten. Kalau tengok bumbung rumah di kampung ni semuanya standard warna merah. Kampung Morten diselia oleh Kerajaan Negeri Melaka sebab merupakan salah satu tarikan pelancongan.





Ada juga rumah di kampung ini dijadikan homestay.



Eyes Of Melaka pun boleh nampak dari dalam monorel.


Bila tengok lagi sekali Melaka River Cruise rasa macam tak sabar pula nak naik. Tapi kena tunggu malam baru best tengok permandangan dengan lampu-lampunya.


No comments: