Monday, April 16, 2012

Zoo Melaka

Datang jauh-jauh ke Melaka, Zoo juga menjadi pilihan anak-anak untuk melawat. Saya ingat nak ke Taman Mini Asean. Tapi anak-anak mahu ke Zoo, jadi saya terpaksa menurut kehendak mereka. Sebelum masuk dalam Zoo, mari kita bergambar dulu.


Kalau dah namanya pergi Zoo, mestilah tengok binatang-binatangkan!




Tapi lately saya macam tak berapa gemar pergi Zoo. Kalau dulu masa kecil memang ya. Sekarang ni, bila pergi Zoo saya sedih tengok semua binatang di Zoo. Nampak tak gembira, maybe sebab terkurung. Ada yang macam lapar. Hadif Syahmi baik hati pula beri kuda padi ni makan biskut. Kalau dia sakit perut, Ibu tak mahu bertanggungjawab.



Next pergi tengok burung-burung. Terdapat pelbagai jenis burung di sini. Ada yang berbulu cantik.




Burung ni memang bising sangat mulutnya. Hana Alesya teruja tengok.


 

 

Antara tarikan di Zoo Melak adalah Rumah Kancil.


Ada tengkorak kancil yang anak-anak kata dinasour.



Haziq dah dapat kamera, sibuklah ambik gambar.


Comel je gambar Huzein, Hadif dan Hana Alesya depan Rumah Kancil.


Tarikan lain di Zoo Melaka adalah menunggang kuda. Menunggang gajah pun ada, tapi tak ada pada hari Jumaat. Harga tunggang kuda adalah seperti di bawah.


Menunggu dengan penuh sabar giliran naik kuda.


Mula-mula sekali Haziq.


Wah, paling tak tahan tengok dia angkat topi. Konon-konon berlagak macam cowboy.




Kemudian Hadif pula. Mula-mula macam takut, muka cuak je.


Lepas tu, dia pun nak beraksi ala cowboy juga. Saya tengok dari jauh ketawa mengekek tengok gelagat anak-anak.




Last sekali, Hana Alesya naik dengan Huzein. Saya? Ish... tak payahlah. Saya takut sebenarnya.




Saya paling suka gambar ni. Hana Alesya sangat happy dapat naik kuda. Seronok dapat gembirakan hati anak-anak.



Lepas berehat sekejap, kami berjalan-jalan lagi tengok binatang lain pula.



Sampai memanjat sebab nak tengok zirafah.





Mengintai-intai si memerang.



Panjat galang, mengintai-intai sang buaya.


Aksi terakhir dari Haziq sebelum kami semua bertolak pulang.


Sebenarnya ada lagi kawasan yang kami tak pergi. Zoo Melaka luas, penat nak berjalan. Melawat yang terdaya saja.

No comments: