Monday, May 7, 2012

Anakku Sudah Boleh Diharap

Kelmarin (Ahad) mak saya adakan kenduri doa selamat di rumah. Kenduri kecil-kecilan saja, jemputan adalah ahli keluarga terdekat. Jadi kami semua pulang ke kampung (macamlah jauh sangat) untuk membantu apa yang patut. Yang pastinya anak-anak saya adalah orang yang paling sibuk. Ikutkan semua benda mereka nak tolong.

Pagi Sabtu bila orang datang memasang khemah di depan rumah mak. Mereka pun sibuk nak tolong sama. Terus kena bising, suruh duduk jauh-jauh sebab itu kerja orang dewasa.


Lepas kena bising baru duduk jauh-jauh. Ajak anak jiran join sekali tengok orang pasang khemah.


Petang Sabtu tu orang-orang kampung mula datang membantu membuat persediaan memasak. Sekali lagi budak-budak ni sibuk nak menolong.


Dah rajin sangat, terus dapat kerja. Jadi tukang kisar cili.


Hari Ahad tu Haziq dengan sukarela hati membantu mencuci pinggan. Ada kawan pula tu, memang bersemangat dia buat kerja.



Seronok tengok Haziq yang sudah boleh diharap. Sebagai upah, abah belanja makan aiskrim McDonalds dan Tok bagi RM5.00 untuk dimasukkan ke dalam tabung. Moga kekal rajin anak ibu ni.

1 comment:

Ummi Iman said...

Insyaallah. Kecil2 dah rajin