Thursday, May 24, 2012

Hari Sukan Khalifah Intelek

Hari Sabtu, 19 Mei 2012 berlansung acara sukan tahunan Tadika Khalifah Intelek di Stadium MPSP Kepala Batas. Murid-murid tadika, 4, 5 dan 6 tahun semua terlibat sama.

Memandangkan semua murid perlu berkumpul seawal jam 7.00 pagi, saya hantar Hadif ke stadium dulu. Acara hanya akan bermula pada jam 8.00 pagi. Saya pulang ke rumah mengambil mertua saya, Haziq dan Hana Alesya. Sempat saya menjamah spagetti yang saya masak sebelum pergi ke stadium semula.

Bila sampai, acara sudah pun bermula. Semua murid berkumpul untuk nyanyian lagu kebangsaan dan bacaan doa.
Hadif dalam team hijau, duduk di sebelah kiri. Jadi saya bergegas ke sebelah kiri untuk ambil gambar dia.
Seperti biasa, ibubapalah orang yang paling sibuk ambil gambar anak-anak.
Masa saya di kiri padang, bermulalah acara senamrobik. Semua murid bersenam mengikut cikgu di atas pentas.
Cari punya cari, barulah ternampak Hadif Syahmi.
Topi tutup muka, tak nampak muka. Bersungguh-sungguh dia ikut bersenam bersama cikgu. Masa ni dia tak perasan lagi saya.
Bila ambil gambar dari bawah, barulah nampak muka Hadif.
Bila dah perasan saya ada di situ, barulah dia tersenyum.
Atuk, Opah, Haziq dan Hana Alesya duduk di tempat duduk penonton. Jauh sangat, kecil saja nampak dalam gambar ni. Matahari tengah naik, jadi panas. Terpaksa berpayung.
Entah berapa lagu masa senamrobik saya pun tak perasan. Asyik tengok gelagat Hadif saya, maklumlah ini pertama kali dia turut serta dalam aktiviti sekolah.
Ramai ibubapa berkerumun di sebelah kanan padang untuk ambil gambar anak-anak. 
Habis acara senamrobik, Hadif masuk ke dalam khemah pasukan hijau.
Siap ada maskot lagi tu, angry bird hijau.
Tersenyum simpul, seronok punya pasal.
Acara pertama yang Hadif masuk adalah Junjung Kasih. Sempat lagi melambai tangan bila tengok saya nak ambil gambar dia.
Lepas habis acara masuk semua ke dalam khemah. Dalam khemah dia makan nasi disuap oleh cikgu.
Ini acara kedua yang Hadif masuk, Kejor Yop Kejor. Acara ni pasukan Hadif dapat no. 1.
Bersungguh dia berlari!
Markah akan dilekatkan di papan markah oleh juri yang dilantik.
Semasa rehat, Haziq minta saya belikan benda alah ni. Namanya pun saya tak tahu. Benda tiup-tiup ni biasanya orang pakai semasa menonton bola sepak. Bunyinya bising dan gamat. Kesian punya pasal saya belikan juga. Anak ada 3, terpaksalah beli 3.
Murah rezeki pakcik tu hari tu. Tapi seperti biasa, saya mesti minta diskaun. Dapatlah diskaun RM2 sebab beli 3.
Gembira je muka Hadif ni.
Duduk dengan kawan-kawan di khemah sambil tengok acara untuk ibubapa.
Ini acara untuk family. Kena asingkan barang-barang (beras, kacang dll) yang diberi di dalam talam. Lebih kurang macam dalam cerita Musang Berjanggut. 
Untuk kaum ibu ada acara menjahit.Kena jahit apa saya kurang pasti sebab sibuk layan anak-anak.
Untuk kaum bapa acaranya kerusi berirama.
Hana Alesya minum milo kotak yang saya bawa dari rumah.
Muka Hadif masam sebab baru lepas nangis. Dia kata dia penat. Bukan kata dia, saya pun penat. Dengan cuaca panas, acara pun berlansung lama sangat. Saya tengok ada beberapa budak lain yang menangis. Saya pujuk Hadif kata lepas ni Hadif dapat hadiah, barulah dia diam.
Acara yang ditunggu-tunggu, penyampaian hadiah.
Seronok sangat Hadif bila dapat hadiah. 
Kali kedua naik pentas, bertambah-tambahlah seronok dia.
Sibuk tayang dekat kawan-kawan kata dia dapat dua hadiah.
Tersenyum simpul gembira.
Seronok tengok Hadif memberi kerjasama yang baik dalam sukan. Ada budak nangis dan tak nak masuk acara. Ibu bangga dengan Hadif.
Hana Alesya pun tumpang sekaki.

Haziq hilang main dengan kawan dia di padang.

Lepas Hadif ambil hadiah, saya minta diri dari cikgu. Dah tak larat nak tunggu acara semua habis. Lagipun kesian pada mertua saya yang lama menunggu.

Tahniah Hadif, tahun depan boleh masuk lagi. 

No comments: