Monday, May 21, 2012

Holiday Inn Resort Phuket Mai Khao Beach

Tiba sudah di Holiday Inn Resort Phuket Mai Khao Beach. Kami disambut dengan ucapan salam dari salah seorang pekerja di situ. Urusan check in pun mudah. Pengurus di situ yang melayan kami. Sungguh soft spoken orangnya. Kami juga diberikan welcoming drink yang merupakan teh madu. Sedap!

Lepas itu kami dibawa menaiki buggy ke bilik hotel. Rupanya dekat saja nak ke bilik hotel, berjalan pun boleh tak payah susah-susah nai buggy.
Bila melangkah masuk saja dalam bilik, terus terpegun lagi teruja. Wow, biliknya sangat luas dan cantik.
Bilik kami mempunyai private pool di sebelahnya. Jadi, kalau malas nak pergi ke public pool di hotel, boleh terjun saja di sebelah. 

Wah, ini baru betul-betul dikatakan honeymoon!

No comments: