Wednesday, May 16, 2012

Jungceylon

Petang tu kami berjalan-jalan ke Jungceylon. Jungceylon merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkenal di Phuket. Boleh tahan besar juga Jungceylon ni. 


Nama pun shopping complex, sama saja macam dekat Malaysia ni.


Tapi yang istimewanya di sini, ada banyak juga pusat rawatan kecantikan yang memberi perkhidmatan facial dan refleksologi dengan harga yang sangat murah. Nampak macam berlawan-lawan antara satu sama lain. Rawatan di buat secara open (macam dalam gambar). Baring je kat situ, kira orang yang lalu-lalang boleh nampak anda sedang baring.






Jemu pusing-pusing di dalam, kami keluar. Di luar ada air terjun macam di KLCC. Siap ada kapalnya sekali.




Pelancong memang ramai di sini (termasuklah yang pakai beg hitam merah tu).



Ada anak-anak muda sedang buat persembahan tarian. Kalau bermurah hati boleh bagi duit dalam kotak yang disediakan.


Saya dengan Huzein bersetuju cari makanan untuk dinner siap-siap sebelum balik ke hotel semula. Takut dah balik hotel, malas pula nak keluar balik. Jadi kami turun ke food court di tingkat bawah Jungceylon.


Kami pesan 2 bungkus nasi goreng paprik di gerai ini. Rasanya memang sedap dan nasinya banyak sangat. Makan 2 kali baru boleh habis.




Di Phuket tak susah mencari makanan halal sebab ramai orang Islam di sini. Cuma kena rajin bertanya. Satu pengalaman yang sungguh seronok di sini, ramai akan menyapa saya dengan ucapan salam sebab mereka tahu saya seorang Muslim (pakai tudungkan). Ada juga orang lelaki yang menyapa Huzein dengan ucapan salam bila lihat saya. Bangga jadi orang Muslim sebab ke mana sahaja orang akan menyapa kita dengan ucapan salam walaupun tidak pernah kenal atau jumpa sebelum ini.

Selepas beli sedikit makanan ringan, kami keluar dari Jungceylon dan mencari tuk-tuk untuk pulang ke hotel.


Dari dalam tuk-tuk dapatlah tengok permandangan sepanjang jalan pulang ke hotel. 





Kedai tattoo pun ada dan memang banyak di Phuket.


Teruja tengok baju bergantung-gantung tu. Tapi bila banding harga betul-betul saya rasa harga lebih kurang di Malaysia juga. Mungkin di sini kawasan pelancongan, jadi minta diskaun banyak pun susah nak dapat.

No comments: