Monday, May 14, 2012

Kilang T-Shirt Di Phuket

Hujan turun renyai-renyai masa kami sampai di Phuket.
Dari dalam van dapat tengok permandangan sekitar Phuket. Kawasan di sini memang terjaga memandangkan aktiviti utama di sini adalah pelancongan.
Kami di bawa ke kilang membuat t-shirt. Di sini t-shirt dijual dengan harga borong. Lagi best kalau beli 10, percuma 1. Sebelum pilih t-shirt apa nak beli, saya dan Huzein diberi taklimat sedikit oleh taukeh kedai. Jangan tak percaya, taukeh kedai ni bercakap bahasa melayu (atau lebih betul lagi, bahasa Kelantan). Kebetulan masa kami sampai, masih lagi awal pagi. Jadi, saya dan Huzein adalah pelanggan pertama pada pagi itu.
Macam-macam design t-shirt yang ada untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pelbagai warna, juga berlengan pendek dan panjang. Memang rambang mata nak memilih.

Selain t-shirt, topi pun ada juga.
Pilih jangan tak pilih. Kilang ini juga merupakan pembuat t-shirt Hard Rock utama di Thailand.

Tak lama selepas tu, datang satu bas membawa rombongan dari Malaysia. Sekali lagi taukeh memberi taklimat. Kali ini lebih panjang, sebab ramai orangkan dan diselang-selikan dengan lawak pulak tu. Saya tumpang sekaki mendengar dan mengambil gambar. Habis terkeluar nama Siti Nurhaliza dan entah siapa-siapa lagi artis dalam taklimat yang diberikan.
Memandangkan orang dah ramai, saya cepat-cepat pilih barang dan bayar. Kebanyakkan t-shirt yang dibeli adalah untuk anak-anak dan Huzein.

4 comments:

Anonymous said...

Kat mana tmpt tu dan apa nama.

Aishah Megahasz said...

Minta maaf, saya di bawa oleh tourist guide. Tak ingat nama tempat.

Anonymous said...

salam..ada no contact pemandu pelancong kat phuket tak?

Aishah Megahasz said...

Maaf, saya ke Phuket semua diuruskan oleh Travel Agent sebab menang peraduan.