Tuesday, May 15, 2012

Kuil Terkenal di Phuket

Destinasi seterusnya, kami di bawa oleh Tommy ke sebuah kuil yang besar dan terkenal di Phuket. Nama kuilnya dah tak ingat. Rekabentuk kuil tersangatlah rumit pada pandangan mata saya dan kalau tak silap saya ukiran pada kuil ini dibuat dengan tangan.
Ada pasangan pengantin mengambil peluang ambil gambar di kawasan kuil ini.
Kalau nak masuk ke kuil, kena tanggalkan kasut. Pengunjung juga perlu memakai pakaian yang sopan sekiranya hendak masuk ke dalam kuil.
Kalau pakai seksi jangan risau...hehehhehe. Ada shawl/pashmina disediakan. Jadi bolehlah cover skit bahagian yang seksi itu.
Seperti biasa ambil gambar kenang-kenangan.
Rumah ini menempatkan patung lilin yang berupa sami yang sangat terkenal di Thailand.


Tengok, nampak macam orang betulkan? Rumah ini berhawa dingin untuk mengelakkan patung lilin tersebut cair.
Pintu rumah ini adalah hasil ukiran tangan sepenuhnya. Gigih betul buat ukiran rumit-rumit macam ni.
Sepanjang berada di sini, tiap 10 - 15 minit pasti mercun akan di pasang. Mercun dimasukkan ke dalam tempat khas ini untuk mengelakkan ianya berselerak. Tapi memang bising dan menarik perhatian tiap kali mercun dipasangkan.

No comments: