Monday, May 21, 2012

Marina Kitchen & Pindah ke Hotel Baru

Kami dijemput dari Ibis Patong Hotel lebih kurang dalam jam 12.00 tengahari. Dalam perjalanan kami minta pemandu pelancong berhenti di kedai makan halal sebab nak bungkus makanan. Hotel yang bakal kami duduki susah sikit nak keluar beli makanan, maklumlah jauh ke dalam. Nak privasi punya pasal.

Kami singgah di Restoren Marina Kitchen yang mengajikan makanan halal.
Kedatangan kami disambut oleh adik manis ini. Ingatkan mereka juga pandai berbahasa malaysia, rupanya tidak. Bahasa inggeris pun boleh sikit-sikit saja. Nasib baik saya pandai order makanan Thailand. Saya minta nasi paprik. Dia pula yang terkejut bila saya tahu nasi paprik..hahahahah...
Restoran bersih dan makanan yang disediakan pun cepat siap. Lega skit sebab pemandu pelancong dan driver tak perlu tunggu lama.
Dalam perjalanan kami bersembang-sembang tentang pelbagai perkara dengan pemandu pelancong kami. Antaranya kisah 2 orang pahlawan wanita yang menyelamatkan Phuket dari diserang. Sempat Huzein snap gambar tugu 2 orang pahlawan tersebut.
Kami juga berkesempatan tengok kenderaan awam di sini. Ada yang sampai berdiri di belakang. Kenderaan ini hanya digunakan untuk perjalanan dekat sahaja. Jadi berdiri macam ni tidaklah bahaya sangat.
Akhirnya kami sampai di hotel baru. Hai Holiday Inn Resort. Tak sabar bertemu kamu :)

No comments: