Monday, May 21, 2012

Menyaksikan Matahari Terbenam

Tenang dan aman di Holiday Inn Resort sebab tak ramai sangat orang. Petang tu kami ke tepi pantai berehat-rehat sambil tengok air laut. Tak berani nak mandi sebab ombak kuat sangat. Hajatnya nak tengok matahari terbenam.
Cuaca pun elok petang tu. Dapatlah kami berdua berehat dengan aman.
Romantik betul, siap letak katil tu dekat tepi pantai. Boleh baring-baring.
Ini bukan tapak kaki kami. Ini tapak kaki orang lain, tapak kaki pasangan suami isteri dan anak mereka yang sedang bermain-main di tepi pantai.
Inilah waktu yang ditunggu-tunggu. Cantik sangat ciptaan Tuhan.
Cantik tak gambar yang saya ambil ni?
Bulan pun dah menampakkan rupa. Senja pun dah menjelma. Jomlah balik ke bilik.

No comments: