Tuesday, May 15, 2012

Naik Gajah Tidaklah Begitu Mengujakan

Memang padat jadual kami walaupun baru hari pertama sampai ke Phuket. Ini belum check-in ke hotel lagi. Next acara adalah menaiki gajah. Mula-mula saya sangat teruja sebab ini kali pertama.


Huzein bergambar dengan owner kem gajah ini. Sangat peramah orangnya. Dia kata dia pernah datang ke Kedah. Sekali tengok muka dia nampak macam orang Melayu.


Bila saya minta dia bergambar dekat gerai yang menjual makanan gajah, dia dengan selamba beraksi. Memang sporting sangat pakcik ni.


Kalau baik hati boleh beli makanan untuk diberikan kepada gajah. Pandai betul mereka buat duit.


Ini bangsal tempat menunggu gajah datang.


Salah seorang pekerja tengah update jadual kerja. Er, saya tak pasti jadual kerja pekerja atau jadual gajah bekerja...hahahahaha.


Sepertimana besar badannya, seperti itulah juga najisnya. Najis gajah disini dikumpul untuk dijadikan baja.


Ya, itu gajah sudah mari. Silalah bersedia.


Ok, ini masa mula-mula naik. Tersenyum riang konon sebab nak bergambar.


Gambar tersenyum ini adalah lakonan semata-mata. Sebenarnya saya sedang menahan gayat duduk tinggi di atas gajah. Tangan pegang tempat duduk, cengkam kuat-kuat takut jatuh.


Kami di bawa berjalan-jalan ke dalam hutan. Feeling-feeling Tarzan dan Jane muslimah (sebab pakai sopan lagi bertudungkan....hahahahaha)




Gajah yang kami naik sudah sangat tua sebenarnya. Umur dia dah lebih 80 tahun. Telinga pun dah bercarik. Tapi masih nampak gagah lagi. Tukang bawa kami ni memandu arah gajah dengan hanya menggunakan kaki yang diletakkan di telinga gajah.




Perjalanan selama 30 minit rasa sangat lama bagi saya. Macam nak suruh gajah tu berjalan cepat supaya cepat sampai. Rasa macam menahan nafas sepanjang 30 minit itu.

Bila sampai saja, lega. Kami turun dan gajah disiram dengan air untuk menyegarkan badan sebelum dimasukkan semula ke kandangnya.


Selain naik gajah, aktiviti yang boleh dilakukan di kem ini adalah aktiviti paintball dan juga menaiki ATV. Kawasan sekitar tidak perlu di jaga sangat memandangkan semua aktiviti ini dijalankan di kawasan berhutan.






Kami dipelawa untuk menonton persembahan monyet selepas menaiki gajah. Tapi memandangkan saya dah letih, jadi saya minta Huzein tolak pelawaan tersebut.

No comments: