Monday, May 21, 2012

Patong Beach

Hari ketiga di Phuket merupakan hari terakhir kami menginap di Ibis Patong Hotel. Sebabnya kami akan berpindah ke hotel lain yang jauh lebih nyaman, tenang dan privasi. Nak rehat-rehat saja di hari terakhir kami di sini.

Pagi-pagi seperti biasa kami turun bersarapan sebelum berjalan-jalan buat kali terakhir di Patong Beach. Pilih meja dekat dengan kolam.
Masa breaskfast saya tengok ramai mat saleh saja dekat sini. Orang Malaysia pun ada juga tapi kedekut sangat nak lemparkan senyuman.
Lepas breakfast, bergambar dulu di tepi kolam buat kenangan.
Jom kita melawat Patong Beach. Patong Beach ni kalau malam lagi seronok sebab ada pasar malam. Lebih kurang pasar malam di Batu Feringgi.
Dekat pantai pun tak ada orang lagi sebab masih awal pagi.
Tengok abang pakai baju merah tu. Saya dan Huzein sempat bersembang dengan dia. Dia orang Pattani dan pandai berbahasa melayu. Ceritanya kakak dia bekerja di Selangor sebagai tukang masak tomyam.
 
Permandangan di sekitar Patong Beach. Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat di sini termasuklah jet skit, urutan kaki ataupun boleh relaks-relaks saja.
Antara yang anda boleh tonton di Phuket adalah pertandingan Muay Thai. Pertandingan ini sangat popular di sini. Di sini juga ada sekolah khas untuk Muay Thai. Ada yang datang dari luar Thailand semata-mata untuk belajar di sini.
Tuk-tuk yang cute sangat.
Jalan punya jalan, tiba-tiba ternampak Jungceylon. Rupa-rupanya dekat saja Jungceylon dengan Patong Beach.
Atas sikit dari Jungceylon, sudah ada gerai-gerai yang dibuka. Kebanyakkan menjual pakaian dan handbag.
Kami berpatah balik jalan semula ke hotel sebab lepas ni kami perlu check out. Rupanya perjalanan balik rasa sangat jauh dan memenatkan. Berpeluh-peluh saya dibuatnya.
Sambil berjalan, sambil tengok gelagat orang, hilanglah sikit penat. 
Bye-bye Ibis Hotel. Kami nak ke hotel lain pula.





No comments: