Thursday, May 24, 2012

Phuket Dalam Kenangan

Berakhirlah kisah saya ke Phuket hasil kemenangan dalam contest anjuran Ambi Pur. Silalah jangan boring baca :P

Paling teringat-ingat sehingga kini adalah makanannya yang sedap-sedap belaka. Paling suka ikan ini. Rasanya masih terasa dilidah. Tak tahu nama resepinya, tapi rasanya boleh cari di restoran Thailand di sini.


Lagi yang paling saya teringat-ingat adalah trip ke Phi Phi Island. Sangat best! Rasa seronok menikmati permandangan yang cantik dan sejuk mata memandang.


Memang saya sangat happy ikut trip ini.


Lagi satu perkara yang teringat-ingat adalah permandangan matahari terbenam dari pantai di Holiday Inn Resort Phuket.


Juga bilik hotelnya yang sangat best berserta private poolnya.


Tapi yang paling saya tak boleh lupa, mesin ATM yang terletak di tepi jalan begini. Kalau di Malaysia, silap-silap ada yang angkut bawa lari, naik lori.

No comments: