Monday, May 14, 2012

Phuket Kami Datang

Asyik tertangguh-tangguh nak buat entry percutian ke Phuket hasil kemenangan dari contest Ambi Purr. Semua gambar diambil dengan kamera Huzein jadi kena tunggu dia uploadkan gambar. Saya tak pandai kamera canggih-canggih ni. Setakat ketip ambil gambar bolehlah.

Kami ke Phuket menaiki penerbangan Air Asia. Perancangan asal nak naik MAS tapi flight penuh pada tarikh kami nak pergi tu.

Ini keadaan di LCCT. Tak berapa ramai orang di tempat menunggu, maklumlah masih awal pagi lagi.


Ini gambar yang saya ambil dari atas kapalterbang sebelum berlepas. Boleh nampak matahari naik dan sedikit berkabus sebab masih awal pagi.



Terpaksa ambil gambar sendiri. Huzein malas nak layan ambil gambar. Muka letih sebab tidur tak berapa selesa dalam bas dari Ipoh ke LCCT.


Bila kapalterbang berlepas, saya terus tidur. Ini untuk mengelakkan mabuk. Saya ni cepat pening kalau naik kapalterbang dan bot. Huzein pun tidur. Sedar-sedar kami dah sampai di Thailand.

Ini suasana di lapangan terbang Phuket. Di sini pun sedikit berkabus dan matahari tengah naik.


Saya dan Huzein ambil giliran ke tandas sebelum melepasi imigresen. Malas nak berebut-rebut bila tengok ramai orang beratur. Ramai juga orang Malaysia datang bercuti ke sini. Lawaknya pegawai imigresen yang memeriksa pasport saya bersembang dengan kawan di sebelahnya menggunakan bahasa Kelantan. Terus saya tak jadi cakap 'thank you'. Saya cakap terima kasih pada dia.


Di lapangan terbang ada satu sudut di mana pelancong boleh ambil peta dan phamplet mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Phuket. Percuma sahaja, tak perlu bayar.


Yeay, welcome to Phuket! Lega sebab perjalanan kami ke sini selamat. Kami disambut oleh pemandu pelancong, Tommy namanya. Sepanjang kami di Phuket, kami di bawa berjalan-jalan dengan menaiki van perlancongan.


Nantikan cerita saya tentang tempat-tempat menarik yang telah saya dan Huzein lawati di Phuket. 

No comments: