Monday, May 14, 2012

Phuthai Souvenir Market

Destinasi seterusnya adalah Phuthai Souvenir Market. Kami singgah sekejap saja di sini, kira-kira 30 minit sahaja.
Pengunjung yang datang diberikan stiker menandakan anda adalah pelancong.
Pengunjung juga dihiburkan dengan alunan muzik tradisional sepanjang berada di sini.

Bermacam-macam jenis cenderahati dan kraftangan dijual di sini. Memang rambang mata melihat.



Paling saya suka sudut produk-produk untuk spa. Ini termasuklah sabun, massage oil, skrub badan dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai pilihan haruman. Saya beli sabun yang berbau ceri. Memang wangi! Untuk skrub badan saya ambil lavender.


No comments: