Thursday, May 24, 2012

Pulanglah Cepat Abah!

Hari ini lebih kurang seminggu Huzein ke German. Dia menghadiri persidangan di sana dan akan buat perbentangan kertas kerja.

Ini antara gambar yang sempat saya ambil di lapangan terbang sebelum dia berangkat. Ini di McDonalds. Lepas makan semua bersalam dan peluk-peluk Abah.
Gambar Haziq peluk Huzein tak ada. Dia sensitif sikit. Kalau dia sedih, terus melarikan diri jauh-jauh. Saya tau dia takut nanti dia menangis. Jadi, baik lari jauh-jauh.
Sedih pula tengok anak-anak kena tinggal. (Eh, ke sedih sebab diri sendiri kena tinggal?). Lepas Huzein balik dari German, dia akan berangkat menunaikan umrah pula. Lama betul kami sekeluarga kena tinggal. Tapi untuk perkara yang baik, saya relakan. Semoga selamat pergi dan pulang.

No comments: