Monday, May 14, 2012

Pusat Mutiara di Phuket

Thailand memang terkenal dengan mutiaranya. Menurut Tommy, pemandu pelancong kami, ada mat salleh datang ke sini membelanjakan berbillion bath untuk membeli mutiara. Pergh...billion tu.

Wang Talang International Lapidary merupakan pusat jualan barangan perhiasan yang terbesar di Thailand. Di lobi Wang Talang boleh tengok gambar-gambar perasmian pusat itu oleh puteri Thailand.
Rakyat Thailand memang sangat-sangat menghormati kerabat di raja. Rakyat tidak boleh duduk/berdiri lebih tinggi daripada kerabat di raja.
Ambil gambar pun duduk di bawah.
Ada juga dipamerkan gambar-gambar penghasilan mutiara.
Ini merupakan model tempat dimana mutiara dihasilkan.
Ini suasana di dalam pusat jualan perhiasan diri. Kebanyakkannya dibuat daripada mutiara. Saya dan Huzein tengok-tengok macam tu saja. Selain tidak berminat, harganya boleh tahan juga mahal. 
Habis melawat-lawat, Tommy ajak kami lepak dan minum-minum di kafe. Minuman di kafe ini adalah percuma untuk semua pengunjung. 
Huzein mencuba kopi Thailand. Saya malas nak minum kopi sebab bukan kegemaran saya.
Habis minum, kami berangkat ke tempat lain pula. 

No comments: