Thursday, May 24, 2012

Sekitar Holiday Inn Resort Phuket Mai Khao Beach

Kalau menginap di Holiday Inn Resort Phuket, ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Hotel ni memang jauh ke dalam, nak keluar pun susah, jadi dengan ada pelbagai aktiviti tak adalah pengunjung boring sangat terutamanya kanak-kanak.

Ini jadual seminggu aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Paling saya suka dengan hotel ini adalah private pollnya. Dapatlah berehat di tepi kolam tanpa perlu keluar dari bilik.
Nampak tak saya tu?
Permandangan di sini pun cantik. Sangat sesuai untuk beristirehat.
Paksa Huzein ambil gambar saya banyak-banyak. Rugi tak ambil gambar banyak-banyak sebab permandangan cantik.
Rekabentuk hotel pun cantik dan moden.
Ini jalan menuju ke lobi.
Paling istimewa, tempat menonton wayang secara terbuka ini. Tayangan wayang percuma diadakan pada sebelah malam. Boleh landing atas katil ni sambil menonton. Bestkan?
Kolam mandi di sini pun best. Dibahagikan 2 untuk dewasa dan kanak-kanak. Terpaksa ambil gambar macam ni sebab panas :D
Ini spa yang terdapat di sini. Spa paling best pernah saya cuba setakat ini.
Bersebelahan dengan spa ada gym.
Sambil bersenam boleh tengok permandangan di luar. 
Ini kawasan khas untuk kanak-kanak. Ada taman permainan.
Perpustakaan untuk kanak-kanak.
Pintu masuk ke kids club. 
Sememangnya penginapan di Holiday Inn Resort Phuket sangatlah memuaskan hati. Ditambah lagi dengan layanan staf yang sangat baik, buat saya rasa macam nak datang lagi kalau ada rezeki.
Seperti biasa sebelum berangkat pulang harus bergambar kenangan. Minta salah seorang staf tolong ambilkan gambar. Ini dilobi selepas check out. 
Bergambar di hadapan hotel. Bye bye Holiday Inn Resort Phuket. Tempat ini pasti dirindui.

No comments: