Monday, May 14, 2012

Sri Bhurapa Orchid Phuket

Pernah tak tengok pokok ni? Mesti ada yang tak pernah tengok sebab sekarang ni memang susah skit nak jumpa pokok janggus. Lebih-lebih lagi yang berbuah.


Ini dia buah janggus kalau siapa tak pernah tengok. Tapi bukan warna gold macam nilah kalau yang betul. Buahnya boleh dimakan. Rasanya kelat-kelat. Bijinya juga boleh dimakan. Ada je dijual di kedai-kedai.


Posing skit sambil pegang buah janggus.


Masuk saja dalam Sri Bhurapa Orchid ni dapat tengok untie yang sedang gigih membuang kulit biji janggus.


Pengunjung juga disajikan dengan air buah janggus. Rasanya juga kelat-kelat.


Biji janggus yang dijual di sini ada dalam pelbagai perisa termasuklah tomyam, barbeque, bawang putih, pilih saja mengikut citarasa masing-masing. Eh, lupa nak bagitau. Yang pakai tag dan berambut pendek tu adalah pemandu pelancong kami, Tommy.


Huzein tengah merasa pelbagai jenis jeruk. Rasa je lebih, beli sikit saja. Nasib baik pelayan di sini jenis tak kisah. Layan tak kira orang.


Kami singgah membeli di sini dalam setengah jam sahaja. 

1 comment:

Kamil Rejab said...

Kt sini halal tak dia punya makanan? 😔 tringun nk makan tapi mcm x nmpak tanda halal kt bungkusan~ 😔