Monday, May 14, 2012

Tomyam Dan Thailand Tak Dapat Dipisahkan

Pusing punya pusing, jam menunjukkan jam 12.00 tengahari. Perut memang dah berkeroncong lapar. Tommy bawa kami lunch di sini.
Restoran ni terletak jauh ke dalam memandangkan ia berdekatan dengan pantai.
Suasana di sini cukup tenang dan nyaman, maklumlah tepi laut.
Menunggu penuh sabar (konon-kononlah sabar, padahal perut memang tengah lapar sangat ni!) makanan sampai sepenuhnya.
Tomyan yang sangat sedap. Kelainannya di sini antara yang terdapat dalam tomyam ini adalah isi ikan.
Sayur campur yang juga sangat sedap.
Ini pun sedap juga. Sotong yang dimasak sungguh fresh.
Paling saya tak dapat lupa ikan ini. Isi ikan digoreng garing-garing dan dihidangkan dengan kuahnya yang sungguh sedap. Rasanya masam-masam manis.
Saya dan Huzein makan bertambah-tambah nasi. Terus lupa diet, makan tak ingat dunia. 

No comments: