Thursday, May 17, 2012

Trip Ke Phi Phi Island

Hari kedua di Phuket, kami mengikuti rombongan ke Phi Phi Island. Aktiviti terbaik sepanjang berada di Phuket.

Seawal jam 7.30pagi, kami dijemput dengan menaiki van ke jeti sebelum bertolak ke Phi Phi Island. Sebelum itu kami diberi taklimat oleh Roy tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang trip.


Habis taklimat, semua terus menuju ke bot. Untuk trip ke Phi Phi Island terdapat 2 jenis pakej yang boleh dipilih. Sama ada menaiki bot besar atau speed boat. Kami memilih speed boat sebab kalau naik bot besar ada sesetengah tempat bot besar tak dapat pergi kerana takut tersangkut enjin. Speed boat hanya boleh memuatkan 30 orang penumpang untuk satu-satu perjalanan. Inilah antara yang join kami pada hari tu. Kebanyakkannya  mat salleh. Ada satu pasangan dari Malaysia, Singapore dan Pakistan pun ada.




Memang seronok tengok permandangan semasa di atas bot. Permandangan memang cantik.


Ini salah seorang pekerja di atas bot. Selamba duduk kat atas bahagian bot walaupun bot bergerak laju. Dah biasa gamaknya. 


Tempat pertama yang kami singgah adalah Maya Bay. Maya Bay ini terkenal sebab menjadi salah satu lokasi pengambaran filem Beach lakonan Leonardo. Punyalah ramai orang masa kami sampai.






Nampak tak hero filem terbaru yang pakai baju dan seluar hitam tu?



Permandangan cantik sangat dekat sini.


Ya, tunggu apa lagi. Marilah kita enjoy!




Saya rasa, saya lagi berbakat ambil gambar dari Huzein. Ke, dia lagi pandai posing?





Masa untuk bergambar berdua. Siapa saja yang lalu dekat, kami paksa ambil gambar kami.






Aktiviti kami di situ hanyalah ambil gambar sahaja. Lepas tu terus balik ke bot sebab nak bertolak ke tempat lain pula. 


Sebelum bot bergerak, ambil peluang untuk minum-minum dulu. Minuman ringan dan air mineral disediakan percuma di atas bot.



Ada gaya Datuk dan Datin sedang bercanda di atas kapal mewah tak?


Sesambil bot bergerak, sambil tengok permandangan yang cantik. Cuci mata sambil menghargai ciptaan Tuhan.











Kemudian kami singgah sebentar di gua yang menjadi tempat lanun pada masa dulu. Dulu pengunjung dibenarkan masuk ke gua, tapi sekarang tidak lagi sebab sekarang gua itu telah dijadikan tempat pembiakan sarang burung. Sarang burung memang mahal harganya.







Saya tengok salah seorang pekerja bot tengah potong pisang. Pisang ini akan diberikan kepada monyet di destinasi seterusnya iaitu Monkey Beach.



Berdekatan dengan Monkey Beach saya tengok ramai yang sedang scuba diving. Mereka ini datang dengan menaiki bot besar dan parking jauh dari pantai. 






Yeay sudah sampai ke Monkey Beach. Lautnya sungguh bersih sampai boleh nampak pasir dan kaki sendiri.


Monyet di sini sangatlah jinak. Tapi saya takut, duduk jauh-jauh. Nak beri makan pun takut, main baling-baling je dekat dia.







Monyet ni suka-suka hati saja panjat bahu orang. Kalau bahu saya, maunya saya menjerit.




Aktiviti seterusnya adalah scuba diving. Kebetulan masa bot berhenti, saya diserang mabuk laut. Jadi duduk terperuk di dalam bot lepas ambik gambar Huzein berscuba diving.




Lepas muntah sekali, terus rasa ok skit. Masa ni bot dah bergerak ke destinasi seterusnya.


Kami singgah di Phi Phi Don Restaurant yang terletak di pulau kecil ini untuk makan tengahari. Makan tengahari termasuk dalam pakej lawatan.





Kami makan di restoran ini. Pemilik kedai ini adalah seorang muslim. Makanan yang disediakan pun sedap dan seperti biasa tomyam mesti ada. Di sini saya disambut dengan ucapan salam oleh salah seorang pekerjanya. Gambar makanan tak ambil sebab asyik layan mabuk laut yang masih ada lagi sikit-sikit.


Pengunjung yang nak lepak-lepak sambil tengok laut, boleh duduk di kerusi yang disediakan.


Saya lepak di bawah pokok. Itu air coke Huzein yang punya ye. Muka berkeriut menahan pening.


Destinasi terakhir dalam trip kami adalah ke Koh Khai Nok Island. Pulau kecil dan segala-galanya sangatlah mahal di sini termasuk aiskrim Magnum yang berharga RM10.00.




Permandangan sungguh cantik. Memang sangat sesuai untuk ambil gambar.



Sambil lepak-lepak boleh makan buah-buahan seperti tembikai dan nenas dan juga minuman ringan. Ini semua termasuk dalam pakej. Jadi boleh makan dan minum banyak mana yang kita suka. Ini saya sedang makan nenas.


Merenung jauh. Badan di Phuket tapi hati teringat juga anak-anak di rumah.




Ok, sesi mengambil gambar. Macam-macam gaya yang kami buat tanpa pedulikan orang sekeliling.








Lepas tu sempat juga mencuba scuba diving.



Jernih sangat airnya. Boleh nampak ikan berenang-renang.


Feeling-feeling romantik. Kalau ada anak-anak jarang dapat ambil gambar berdua. Mesti ada yang nak join sekali.




Huzein siap jadi cameraman tak bertauliah.


Masanya telah tiba untuk pulang. Saya memang happy ikut trip ini walaupun ada sedikit mabuk laut. Rasanya ini antara pengalaman manis yang tak dapat saya lupakan. Penat tapi seronok!


Selamat tinggal! Saya harap dapat kembali lagi ke sini.


Perjalanan balik, semua dalam bot masing-masing nampak sangat letih. Confrim semua ni bila sampai hotel terus terbongkang, macam saya.

9 comments:

Si Ketam Batu said...

menarik sangat....

Aishah Megahasz said...

Si Ketam Batu: Ya, memang menarik. Salah satu pengalaman yang tak mungkin saya lupa.

pya said...

salam ziarah :)) insyaAllah lusa saya pg Krabi..

akak tu snorkeling not scuba diving :)scuba diving lg dalam menyelamnyer..hehe n perlu da lesen kot :)

bdw...nice trip ye kak:)

Aishah Megahasz said...

Pya: Oh, betul. Kalau scuba diving kena menyelam hehehhee.... enjoy your trip. Memang seronok tau!

Henry Williams said...

Awesome trip you have enjoyed.

Aishah Megahasz said...

Henry: Thank you!

Anonymous said...

saya bercadang nak pegi phuket pada 22 nov ni..berapa pakej utk ke phi phi island?

Aishah Megahasz said...

Saya tak ingat harga betul untuk trip ni. Tapi RM100 lebihla untuk seorang kalau ikut duit kita.

Ezna said...

Cantiknya phi phi....