Thursday, July 5, 2012

Babywearing Gathering @ Lunas, Kulim

Gathering ini diadakan pada 30 Jun 2012, hari Ahad di rumah Niza. Kali kedua dibuat di kawasan Kulim. Mulanya saya 50-50 nak pergi, tapi bila memikirkan teringin nak jumpa kawan-kawan saya minta Huzein hantarkan juga ke sana.

Saya ditemani oleh Hana Alesya dan Haziq Fahmi. Hadif Syahmi ikut Huzein pergi servis kereta. Kalau bawa 3 orang sekali tak terjaga saya, maklumlah anak-anak sangat aktif.
Tengok tu lambakkan baby carrier. Memang teruja dibuatnya. Nasib baik saya sudah lama tak mengendong anak.
Seperti biasa aktiviti yang biasa dibuat bila ada gathering adalah demo pemakaian baby carrier. Ramai yang lebih berminat dengan wrap dan juga SSC.
Lepas demo boleh mencuba baby carrier yang ada. Mungkin ada yang berkenan, boleh beli satu lepas ni. 
Saya paling suka gambar ni. Muka baby nampak cuak tapi cute je. Oh, saya yang ambil gambar tau! :D
Acara bergambar ramai-ramai. Kali ni ramai juga yang turut serta.
Geng OSG :D
Hana Alesya suka saja bila tengok baby. Sibuk nak cium lagi tu.
Dapat juga kawan baru. Belajar bersosial skit sebelum mula bersekolah tahun depan.
Lewat petang baru Huzien datang ambil kami bertiga. Kami antara yang terakhir pulang sebab kereta servis lambat siap.

Sesekali join aktiviti macam ni rasa seronok sangat. Maklumlah dah lama bersara daripada breastfeeding dan babywearing. Kalau ada next baby mungkin boleh aktif balik. 

No comments: