Tuesday, July 24, 2012

Hanya Di Radio

Balik dari kerja minggu lepas, saya mendapat satu panggilan yang tidak diduga. Panggilan dari radio Era. Pergh... terketar menjawab. Saya dimaklumkan, saya merupakan salah seorang pemenang untuk peraduan Horlicks dan diminta menyampaikan ucapan yang telah saya hantar ke laman web Era. Terus saya kata, alamak, mana saya ingat?

Pemanggil yang baik hati bacakan balik ucapan saya untuk saya salin. Beginilah tulisan cakar ayamnya. Saya diminta bersedia dan akan dihubungi lagi sekali untuk membacakan ucapan.
Terus saya salin elok-elok supaya mudah saya baca dan tak ada perkataan tertinggal. Ucapan ini saya tujukan untuk anak saya Haziq Fahmi.
Lebih kurang dalam jam 6.45petang. Panggilan pun masuk seolah-seolah saya tak tahu saya pemenang. Berlakon sikit-sikit tunjuk gembira dan terketar-ketar baca ucapan. DJ pada waktu itu adalah Adi Fashla. Dia minta nak bercakap dengan Haziq tapi Haziq malu pula nak bercakap.

Nasib baik panggilan itu adalah rakaman dan akan diedit sebelum disiarkan.

Rasanya sudah keluar di radio Era. Malangnya saya hanya dengar radio semasa memandu sahaja. Terlepas peluang nak dengar suara sendiri dia radio.

Untuk peraduan ini saya dapat duit RM100.00 dan hamper Horlicks. Sebagai penerima ucapan, Haziq pun dapat hamper Horlicks. Nanti bila hadiahnya sudah dapat, saya akan update dalam blog.

Satu pengalaman baru bagi saya. Serius, saya memang terketar baca ucapan walaupun Adi Fashla tak ada di depan mata. Agaknya macamanalah suara saya di radio?