Friday, July 6, 2012

Mengasah Bakat Terpendam

Aktiviti mengasah bakat terpendam di rumah. Haziq kena buat homework lukisan iaitu cop-cop pakai sayuran macam ubi kentang, bawang, bendi. Jadi adiknya tumpang sekaki mewarna. 
Beria buat aktiviti ini, terutama Hadif Syahmi.
Warna air murah-murah sahaja. Beli di Mydin. Tak kuasa nak beli brand Buncho (eh, betul ke?) yang mahal itu.
Ibu: Apa ni Hadif?
Hadif: Pintu
Ibu: Pintu? Ibu ingat kereta....
Berseni betul kamu ni ye?
Ini Haziq cop-cop guna bendi. Kenapa senget? Oh, takpe inilah yang dikatakan seni...hahahahaha

No comments: