Tuesday, July 31, 2012

Susahnya Bergambar

Saya dengan gigihnya nak masuk contest anjuran Carrie Junior sebab tengok hadiahnya yang sangat best. Hadiah utama RM10 ribu tu. Siapa yang tak mahu kan? Syarat contest ini kena ambil gambar anak yang sedang seronok mandi.

Jadi, mangsa saya kali ini adalah Hana Alesya dan Hadif Syahmi.
Serius sangat susah nak ambil gambar budak-budak ni. Punyalah nak bagi perfect entah berapa puluh kali saya ambil gambar mereka. Suruh buat begitu, di buatnya begini. Suruh buat begini, dibuatnya begitu.

Ini antara gambar-gambar yang cantik saya ambil. Mula-mula Hana Alesya. Memang syok dia main buih sampai lupa daratan tak mau keluar dari bilik air.
Hadif Syahmi senang sikit bekerjasama dengan dia. Maybe sebab dia dah besar dan pandai dengar arahan.
Saya hantar 2 penyertaan, satu atas nama Hana Alesya dan satu Hadif Syahmi. Harapnya sangkutlah salah satu hadiah yang ditawarkan. Nak mengharapkan hadiah utama, tidaklah. Sebabnya ramai lagi mereka yang handal dalam contest melibatkan gambar-gambar ni. Saya pun tak pandai sangat ambil gambar yang cantik.

Doakan saya dapat hadiah, Insyallah.

3 comments:

yumielufya said...

cantik gambar2 utk cntest ni..Yumie pun ada join jgk..harap ada tuah untuk kita berdua ya..

aTy _faRed~ said...

semua gambar cantik2...semoge berjaya yer..:)

Aishah Megahasz said...

TQ... insyallah kalau ada rezeki bolehlah menang dan dapat hadiah.