Monday, August 27, 2012

Raya 2012 Di Ipoh

Tahun ini giliran kami sekeluarga beraya bersama keluarga mertua saya di Ipoh, Perak . Kami bertolak pulang ke Ipoh pada hari Jumaat. Jadi sempatlah berbuka puasa 2 hari sebelum raya.

Acara wajib tiap-tiap tahun pada malam menjelang raya, main bunga api. Anak-anaklah yang paling seronok.



Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk solat Aidilfitri. Cuak juga bawa Hana Alesya bersama. Lepas solat tengok dia tak ada berdekatan saya. Terus panjangkan leher cari dia di sekitar. Tengok-tengok dia duduk di hujung sambil main-main dengan baby. Kalau hilang mesti susah nak cari sebab ramai sangat orang di masjid masa tu.

Balik rumah, sesi bersalam-salaman. Nak tergelak pun ada tengok gelagat Haziq salam dan cium tangan Atoknya. Beria betul.



Hana Alesya sibuk dengan botol susu. Salam, salam juga tapi botol susu tak lepas.


Lepas habis salam Atok dan Opah, giliran Abah pula. Sambil salam, korek tangan Abah minta duit raya lebih skit. Haziq Fahmi tahun ni dapat duit raya lebih sebab puasa penuh 30 hari. Alhamdulillah, satu pencapaian tu. Saya darjah 2 baru mampu puasa penuh.


Seronok jadi budak-budak ye, dapat duit raya.



Habis sesi bersalaman, sesi bergambar pula. Mula-mula kami bergambar di luar rumah. Ini gambar paling cantik saya ambil raya ini. Gambar Hadif dan anak saudara saya Uwais.


Ini family adik ipar saya Maidy dan Nora. Ini pun saya yang ambil gambarnya.


Ok, giliran keluarga saya pula. Saya tak suka tudung raya saya! Sekian, titik.



Seronok ambil gambar budak-budak ni. Macam-macam gelagat boleh tengok.




Habis di luar rumah, dalam rumah pulak berposing-posing. Macam-macam gaya ada.



Atok dan Opah bergambar dengan cucu-cucunya. Insyallah, bulan depan dapat lagi seorang. Baru 5 orang pun dah macam-macam huru-haranya.



Gambar raya 2012 kami sekeluarga. Tahun ini warna tema adalah hitam dan grey. Raya tahun ini adik ipar saya, Yati tidak pulang beraya. Dia di Australia sedang menunggu masa untuk bersalin.


Memandangkan tudung raya saya tak best, saya tukar tudung lain dan minta ambil gambar lagi sekali.


Ini orang mesti nak spoilkan gambar saya. Penat je bagi senyuman menawan :P


Penat-penat bergambar, Opah belanja makan aiskrim. Suka sangatlah budak-budak ni.



Petang itu kami sekeluarga beraya di sekitar Ipoh, rumah saudara sebelah Huzein. Esoknya kami balik ke Penang.

No comments: