Thursday, August 9, 2012

Rezeki Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, walaupun hadiah yang saya dapat kecil-kecil sahaja tetapi perasaan seronok tu tetap sama macam menang hadiah RM10 ribu.

Hadiah dari FB Sunsweet Malaysia untuk peraduan Share & Win. Dapat tiket wayang. Tiket wayang yang ada pun tak terpakai lagi. Maklumlah bulan puasa, takkan nak pergi tengok wayangkan. Tunggu lepas raya baru boleh pergi satu keluarga.


Jawab Kuiz dengan pantas di FB Lip Smacker Malaysia. Boring-boring di rumah, belek FB keluar soalan, terus saya jawab. Hadiahnya saya tak pasti. Tunggulah bila sampai nanti.


Hadiah tajaan Kitty Shawls dari majalah Wanita.


Yang ini seronok sebab dapat menang hadiah wang tunai. Peraduan Indahnya Beraya anjuran blog Yumie. Saya dapat hadiah saguhati bernilai RM50 dan tambah lagi RM20 sebab menjadi peserta pertama yang menghantar penyertaan. RM70 jadinya, banyak tu. Boleh beli setem untuk masuk peraduan lain.


Last sekali Peraduan Detik Bersama Sunlight anjuran blog Mekchu. Peraduan pun tak susah, cuma hantar gambar yang menggambarkan detik bersama Sunlight. Seperti biasa kena berlakonlah sikit untuk ambil gambar yang cantik.

 
Hadiahnya set Corningware seperti di bawah. Bestkan?

Alhamdulillah, bulan Ramadhan ni banyak betul rezeki saya. Mudah-mudahan terus murah rezeki. Insyallah. 


No comments: