Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Sesungguhnya bagi saya Raya sudah kurang meriah. Mungkin sebab faktor umur. Kalau seronok pun sebab melayan karenah anak-anak.

Banyak bezanya Raya dahulu dengan sekarang. Antaranya.....

BAJU RAYA
Anak-anak zaman sekarang, tak perlu tunggu Hari Raya sudah dapat baju raya. Mungkin sebab ibubapa mampu sediakan. Saya dulu, kalau nak baju baru mesti tunggu Hari Raya baru dapat. Jadi gembira sangat-sangat bila sambut Hari Raya

KUIH RAYA
Dulunya kalau nak makan kuih yang sedap-sedap mesti tunggu Hari Raya. Nak buatnya pun bukan main susah, contohnya dodol. Zaman sekarang tak perlu tunggu Hari Raya, kat mana-mana pun ada jual biskut dan kuih raya. Rasa teruja nak makan kuih raya pun dah kurang.

DUIT RAYA
Saya ingat lagi, masa kecil dulu bersungguh-sungguh beraya dari sebuah rumah ke sebuah rumah mengutip duit raya. Masa ni orang dah tak kisah, asal ada budak datang mesti bagi je duit raya. Zaman sekarang, jangan harap saya nak biarkan anak-anak keluar rumah, jalan jauh-jauh tanpa saya atau suami ikut. Silap-silap hilang dan tak jumpa terus. Jumpa di Syurga jawabnya. Persekitaran sekarang kurang selamat. Ada setuju?

Tahun ini saya akan beraya di Ipoh dan raya kedua baru pulang ke Penang. Ini gambar raya lama. Tahun ini kami sekeluarga berbaju warna hitam dan kelabu.


SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA SEKELUARGA. MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP.

2 comments:

kronik0102 said...

Selamat hari raya...Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang... Berhati-hati di jalan raya...

Aishah Megahasz said...

Kronik: Terima kasih. Selamat Hari Raya.