Friday, August 17, 2012

Siapa Tak Suka Dapat Hadiah?

Alhamdulillah, bulan Ramadhan ini banyak juga hadiah yang saya dapat. Walaupun kecil sahaja tapi cukup buat hati berbunga riang. Antara hadiah yang sampai ke tangan saya.....

Dua tiket wayang GSC dari Facebook Lady's Choice.


Pencuci Muka Cosmoderm. Ini pun dapat dari Facbook Cosmoderm sempena peminat bertuah.


Deodarant dari Facebook Garnier. Jimat, tak payah beli sebab saya memang pakai jenama ini.


Voucher penginapan di rangkaian Suria Resorts & Hotel. Belum pilih lagi nak pergi mana. Insyallah, cuti sekolah nanti boleh bawa anak-anak berjalan.


Kemenangan ini baru dapat tahu pagi tadi. Dapat penginapan 2D1N di Hotel De ART. Suka, sebab dapat pergi jalan-jalan.


Ini pun baru dapat tahu pagi tadi, kemenangan dari Facebook Sasa Malaysia.


Banyak-banyak hadiah, yang paling best adalah wang tunai RM1,000.00 dari Peraduan Waa.... Cocopie. Saya dapat panggilan petang kelmarin. Memang teruja sangat-sangat, sampai sejuk tangan menjawab panggilan. Insyallah, hujung bulan ini cek akan sampai. Peraduan ini masih lagi berjalan sehingga bulan Mac 2013. Masih sempat lagi kalau sesiapa berminat nak masuk.


Alhamdulillah, rezeki saya di bulan Ramadhan ini sangat banyak. Harapnya bulan Syawal menjanjikan rezeki yang lebih banyak. Amin.....

4 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

bestnyaaaaaa, tahniah aishah

Aishah Megahasz said...

Ayu: Thanks Ayu. Ayu pun dapat hadiah hebat-hebat.

EraIrani said...

salam perkenalan kak.saya google keyword cocopie. kua blog akak pasa peraduan RM1000 tu.hehe.congrates akak dah menang..bestnya tgk akak jenis msuk online contest ni. saya baru berjinak2 nak join online nih.hehe.cmne akak join lagi?;)

Aishah Megahasz said...

Eralrani: Salam perkenalan. Cuba cari FB Peraduan Waa.. Cocopie. Ada info dekat sana. Good luck!