Tuesday, September 4, 2012

Celebrate B'day Hana Alesya

28 Ogos 2012 genap usia Hana Alesya 3 tahun. Kami sekeluarga celebrate kecil-kecilan sahaja di Secret Recepi. Lepas Maghrib baru keluar rumah.

Sementara menunggu hidangan sampai, saya ambil gambar anak-anak. Comel je Hana Alesya mengempeng sebelah abahnya.



Maka bermulalah aksi-aksi ngeri. Macam-macam gelagat dibuatnya.



Oh, ibu siapakah itu?


Mula-mula kek sampai. Malas nak beli kek besar-besar. Kejap lagi kenyang makan, kek pun tak sentuh dah. Beli kek ni pun ambil syarat nak celebrate birthday sahaja. Saya minta staf di Secret Recepi letak lilin dan pasangkan.

Huish, sangat teruja ok. Tersenyum simpul dapat kek ada lilin.




Tiba-tiba makanan sampai. Haziq terus baca doa nak makan. Hana Alesya pun berdoa sama.


Lepas tu sambung menyanyi lagu Happy Birthday.


Teruja sangat-sangat. Senyum saja sepanjang masa.



Tu dia makanan. Nyum, nyum. Alhamdulillah, habis semuanya.




 Hana Alesya excited nak makan kek, tak mahu makan yang lain dulu.



Selesai makan, anak-anak meronda sekeliling Secret Recepi. Tak reti nak duduk diam. Alhamdulillah, itu tandanya mereka sihat dan aktif. Budak yang cergas dan cerdas adalah bijak. Walaupun saya letih melayan, tapi saya tetap bersyukur.



Gaya K-Pop dari Hana Alesya.



Yang tak celebrate birthday pun posing bukan main.


Happy Birthday Hana Alesya. Semoga sihat dan ceria selalu. Jadi anak yang solehah.

4 comments:

erna said...

Happy birthday hana :)
semoga jadi anak solehah :)

Rozy said...

Chomel betul budak budak ni
semakin cheeky si hana alesya tu

kronik0102 said...

Kak aishah , sy nak tnye la.. akak aded jd model ntk iklan syarikat insuran takaful x... hari2 saya lalu kt dpn iklan tu tringat pada akak plk...

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua.

kronik: Eh, bukanlah. Pelanduk 2 serupa kot... hehhehe