Friday, September 14, 2012

Detik Bersama Sunlight

Masa tengok poster peraduan Sunlight ni saya teruja nak masuk. Kalut pergi cari kedai yang ada jual Sunlight dan bagi kad untuk dilekatkan di depan rumah. Rupa-rupanya bila baca dalam suratkhabar, team peronda Sunlight memang tak datang ke Penang.

Melepas hadiah bekalan Sunlight selama setahun dan juga set Corningware.


Tapi bila google dapat tahu ada Peraduan 'Detik Bersama Sunlight'. Caranya mudah saya ambil gambar yang menggambarkan detik-detik bersama Sunlight. Peraduan ini adalah anjuan blog Mek Chu. Gigih saya dan Hana Alesya berlakon, cuci pinggan dalam rumah pun pakai cantik-cantik :P

Alhamdulillah, rezeki saya dapat set Corningware.


Set Corningware pun dah selamat sampai ke rumah saya. Harga boleh tahan juga mahalnya.


Model Corningware tak bertauliah. Tumpang happy sebab ibu dapat  hadiah. Nanti ibu kena masak sedap-sedap.


Terima kasih Sunlight dan juga Mek Chu yang menganjurkan peraduan ini. Saya suka!

2 comments:

mekchu said...

Alhamdulillah... berkat org yg tak berputus asa dan rajin mencuba kan..

Aishah Megahasz said...

Mekchu: Terima kasih buat contest ni :D