Tuesday, September 4, 2012

Kenduri Musim Perayaan

Lepas saja sambutan Hari Raya banyak sungguh undangan kenduri yang saya dapat. Tapi tak semuanya dapat saya hadir. Pergi mana yang sempat saja.

Ini saya nak share gambar gelagat anak-anak semasa menghadiri majlis kenduri. Hari tu kami ke majlis kenduri cikgu Tadika Hadif. Kenduri di buat di kampung. Lepas makan, ingatkan nak balik terus sebab kami perlu pergi ke kenduri lain pula. Tapi memandangkan mak pengantin kata pengantin dah nak sampai, kami pun tunggu.

Sementara menunggu tu memang macam-macamlah yang anak-anak saya buat.



Gaya Ultraman pun ada.


Dengar saja pengantin dah sampai, kami pergi ke tepi jalan. Hadif yang konon-kononnya nak salam dengan cikgu terus jadi malu dan menyorok di belakang saya. Jadi, tak adalah gambar Hadif dengan cikgu. Cuma ada gambar pasangan pengantin baru.



Kemudian kami ke dewan Taman Pauh di Bandar Perda. Kenduri saudara saya yang tinggal berdekatan dengan rumah mak. Meriah juga kenduri ni, maklumlah buat di dewan. Makanan pun sedap.

Anak-anak yang dah kenyang makan di kenduri yang pertama kami pergi, berlari-lari dalam dewan. Seperti biasa, buat macam rumah sendiri. Jumpa geng, lagilah lupa daratan.


Bukan main lagi Hana Alesya. Orang sibuk nak bergambar dia sibuk nak menempek dekat pengantin. Pengantin perempuan, Farah kira bersaudara jauh dengan saya. Tinggal sekampung.


Giliran Mak dan Chu Nah pula tumpang sekaki bergambar dengan pengantin.


Comel sangat gambar ni. Nak tergelak pun ada tengok gelagat Hana Alesya dengan pengantin lelaki.


Ok, giliran saya pula tumpang sekaki bergambar dengan pengantin. Haish... muka pun dah comot sebab penat mengejar anak.


Hana Alesya dan Aliya. Aliya tinggal bersama Chu Nah, jiran sebelah rumah mak saya. Kawan sepermainan dialah ni.


Aiman, Adik Aliya tumpang sekaki. 1Malaysia gitu, kes tak reti nak buat 'peace'




Ada juga kenduri yang saya pergi tapi dah malas atau tak berkesempatan nak ambil gambar. Minggu depan pun ada lagi. Tapi tak dapat pergi sebab terpaksa ke Pulau Pangkor berkursus. Kesian anak-anak ibu kena tinggal.

No comments: