Tuesday, September 25, 2012

Ketagihan Baru, Kurma Shake Yummy!

Mulanya susu Dutch Lady Low Fat ini dibeli sebab Huzein nak buat western food apa entah. Tapi tak terbuat pun. Bila tengok susu ni tersadai lama sangat di rumah, saya pun mulalah membuat satu resepi bagi menghabiskan benda-benda yang menyemakkan peti ais.

Kebetulan dalam peti ais ada pula banyak kurma yang Huzein beli masa pergi Umrah dulu. Jadi apa lagi, jom blend itu susu dengan kurma buat shake. Kurma kalau boleh guna jenis yang basah sebab ada isi banyak. Tak perlu tambah gula sebab kurma memang sudah sedia manis. Jangan lupa buang biji sebelum blend.


Inilah rupanya Kurma Shake saya. Masuk sekali dengan hampas kurma dalam tu. Sambil minum boleh kunyah-kunyah kurma. Memang sedap!


Nak lagi sedap, minum masa sejuk. Nak nak nak lagi sedap, bekukan sedikit lepas tu minum, pergh boleh membuatkan jarum timbang berat badan semakin bergerak ke kanan. Cubalah, anda pasti ketagih!

2 comments:

AkmaFaizal said...

boleh cuba ni. kalau cuba ngan susu kambing mau bertambah2 anak lagi..akeke

Aishah Megahasz said...

Akma: Ha...betul tu hehehhee