Wednesday, September 26, 2012

Model Pilihan Saya

Saya meneruskan kegilaan dulu-dulu dengan turut serta dalam macam-macam peraduan sekarang. Sekarang kalau ada contest bergambar untuk kanak-kanak, yang akan menjadi mangsa adalah Hana Alesya. Saya pun masih lagi belajar untuk mengambil gambar. Bukan pandai sangat pakai DLSR Huzein. Tapi puashati bila tengok gambarnya terang dan jelas.

Gambar ini saya ambil untuk peraduan Carrie Junior. Kena ambil gambar anak yang sedang seronok mandi. Keputusan belum keluar lagi sampai sekarang padahal tarikh tutup sudah lama. Letih menunggu.


Ini untuk peraduan Sunsweet di facebook. Peraduan masih lagi berlansung. Kalau berminat boleh ke facebook Sunsweet. Syaratnya kena ambil gambar bersama apa-apa produk Sunsweet.



Gambar in saya ambil untuk contest Captain Munch. Tapi gambar ini tak menang hadiaah pun.


Ini pun gigih nak masuk walaupun tahu hadiahnya hanya voucher Jusco RM10.00. 


Gambar muka manis ni untuk peraduan Whoopee. Kebetulan masa tu memang beli Whoopee sebab harga offer RM25.00 sahaja. Sebab muka Hana Alesya sangat manis, tersangkut juga satu hadiah dari Whoopee.


Menang hadiah saguhati. Berbaloi juga penat lelah Hana Alesya berposing.


Tapi nak dapatkan gambar yang sempurna tersangatlah susahnya. Kena bagi upah dan janji macam-macam. Nasib baik dia masih mahu bekerjasama.

2 comments:

AkmaFaizal said...

seronok tgk gambar anak klau menang kan. sejuk hati...nk gak try masuk contest gambar2 ni..tp kamera canggih takde, nk harapkan kamera handphone, tak taulah..huhu

Aishah Megahasz said...

Akma: Kalau kamera canggih pun, tapi gambar tak kreatif susah juga nak menang.