Tuesday, September 25, 2012

Mudahnya Hidup Dengan Philips Airfryer

Tajuk entry tak boleh tahan. Nampak sangat macam pemalas masak.

Konon-kononnya menjalani gaya hidup sihat, masak makanan bergoreng tanpa menggunakan minyak. Ini akibat teracun dengan kawan-kawan. Akhirnya selepas meninjau di Harvey Norman dan Jusco, Philips Airfryer ini telah berada di rumah saya. Saya beli di Jusco dengan harga RM9++ (aiyo, harga betul tak ingat). Dapat percuma cooler box yang sangat besar.

Masa tengok staf di Jusco demo, anak-anak saya sangat teruja mencuba nugget yang di masak dengan airfryer. Siap minta tambah.



Percubaan pertama memasak dengan airfryer. Resepi entah apa-apa. Main letak saja maklumlah saya bukan pandai sangat masak.



Inilah hasilnya. Lambat sangat ambil gambar. Ini saja yang tinggal. Rasa memang sangat sedap. Macam ayam tandoori pun ada sebab saya masukkan sedikit serbuk kari daging.


Lepas tu apa lagi habis segala nugget, fries masuk dalam tu. Senang kerja, masuk, setkan masa dan suhu. Bila masak airfryer akan berbunyi tanda sudah masak dan boleh makan.

Ini percubaan minggu lepas masak pizza dalam airfryer. Macam merepek saja idea ni tapi boleh tahan juga rasanya. Kena masak dalam suhu sederhana, tak boleh panas sangat takut doh tak masak.


Satu saja bila pakai airfryer malas betul nak mencuci. Part jaring-jaring tu yang paling susah nak cuci sebab kadang-kadang ada makanan melekat di situ. Kalau guna span pencuci pinggan mesti melekat di jaring.

Entah macamana satu hari terpandang pencuci botol susu anak dekat sinki. Saya cuba cuci dengan pencuci botol. Memang bersih dan mudah sangat. Kebetulan memang ada 2, jadi 1 telah dijadikan pencuci khas untuk airfryer. Macam nilah bentuk pencuci botol susu, jenama Pureen. Anakku pun ada juga pencuci botol yang macam ni. 
Memasak mudah, mencuci peralatan memasak pun mudah!

9 comments:

Mama Zharfan said...

teringin nya nak memiliki air fryer ni...contest philips dulu ada gak hadiah ni..tapi me menang hadiah lain tak menang yg ni

Merlyn Hasshim said...

sangat tergoda.. 9++.. 90++ atau 900++?

AyuArjuna BiGoshh said...

900 errrrrK??

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mahalnya 900++ ke? aiyoo bilalah boleh dapat agaknya

azelyusoff said...

menarik betul air fryer philips ni. tapi tengok harga terus wahhhh... mahalnya.. tunggu kumpul duit dulu lah baru boleh merasa :)

Aishah Megahasz said...

Alamak kawan-kawan harganya RM900++ bukan RM9++. Itu pun harga offer, lebih murah dari harga yang ditawarkan di Harvey Norman.

AkmaFaizal said...

adeh...kena buka kedai klau nk guna alatan cengini..baru pulang modal..hehe

xceli xmampu lagi..huhu

nurin khairi said...

Tgh survey nk beli airfryer ni..tapi tak sure apa lg mknn malaysia yg boleh masak dgn ini selain yg biasa2 nugget fries ayam.. Tempura mmg dah x boleh huhu

Aishah Megahasz said...

Nurin: Biasanya makanan bergoreng saja. Tapi memang jimat masa, sambil goreng ayam, sambil iron baju. Hebatkan....hehehehe. Kalau beli ni, disertakan sekali dengan buku resepi.