Thursday, September 13, 2012

Tolong Atuk Membersihkan Kubur

Sebenarnya aktiviti ini dibuat sebelum start bulan puasa lagi. Haziq dan abahnya Huzein ikut Atuk ke kubur arwah moyang Haziq. Saya tak ikut sana. Gambar-gambar diambil oleh Huzein.

Sibuk nak ikut padahal belum mandi. Muka masam, tapi semangat lebih.


Kawasan perkuburan ini memang semak sikit dan banyak rumput. Sebab tu kena bersihkan selalu kalau tidak nak jalan masuk memang susah.



Kubur arwah moyang Haziq.



Gigih betul kamu tolong Atuk ye!






Habis membersihkan kubur, siram dan taburkan dengan bunga.


Disusuli dengan doa semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insyallah.

Kalau ada peluang saya pun nak ikut melawat suatu hari nanti. 

No comments: