Wednesday, September 12, 2012

Wehoo, Hadiah!

Sila jangan boring. Saya suka nak cerita pasal hadiah. Saya suka dapat hadiah!

Ini dapat dari Lips Smacker. Contest di Facebook. Comel je bekasnya.


Hadiah dari majalah Seri Dewi dan Keluarga. Dress dari Butik Mama. Dapat 2 helai. Nasib baik muat kedua-duanya. Masa buka takut ketat.


Yang ini bolehla kot kalau nak pakai pergi jalan-jalan.


Yang ini jangan harap saya pakai pergi jalan-jalan. Seksi sangat!


Beg dan buku nota dari Panasonic Asia. Dihantar jauh dari Singapura.


Hadiah saguhati untuk Peraduan berbuka puasa bersama Yuna anjuran Olay Malaysia. Berangan nak dapat iPad. Tapi dapat saguhati saja. Takpelah, itu saja rezeki saya.


Produk Olay bernilai RM100.


Hamper Bio-Oil bernilai RM100 dari majalah Her World. Ada termos, minyak Bio-Oil saiz besar dan note pad.


Ini hadiah dari radio Era. Hari tukan saya ada ceria tentang peraduan Horlicks yang kena buat ucapan kepada yang tersayang. Suara saya keluar radio.

Hadiahnya wang bernilai RM100.00 dan 2 hamper Horlick untuk saya dan Haziq, sebab ucapan itu adalah untuk Haziq Fahmi. Banyak juga barang dalam hamper tu. Ada t-shirt, Oats Fibre dan Pedometer.


Syukur!

5 comments:

Mama Zharfan said...

congrats!

PertMuffin said...

bestnya! congrats aishah.
baju yg seksi tu awak boleh pakai inner/ t-shirt fit kaler hitam kat dalam. boleh pakai pgi jalan2
(^_^)

C'est La Vie said...

sy like entry nie...

AyuArjuna BiGoshh said...

best2 hadiah :)

Aishah Megahasz said...

Terima kasih semua :D