Wednesday, October 10, 2012

Campak Situ Sana Sini

Bagaikan mimpi ngeri bila balik dari kerja, ambil anak di Tadika dan cikgu bagitahu dia kena demam campak. Memang tak ada tanda-tanda lansung seperti demam atau bintik-bintik di badan, tiba-tiba saja kena. Berjangkit dari kawan-kawan di Tadika. Dengan cikgu sekali ada yagn kena. Terus gelabah sebab ini pengalaman pertama.

Balik rumah terus periksa seluruh badan Hadif. Campak jenis besar dan pada masa ni belum lagi banyak. Sekali tengok macam ruam pun ada.


 

Langkah pertama yang saya buat adalah mencari air kelapa. Air kelapa diminum tanpa di campur gula ataupun ais. Bertujuan untuk bagi campak keluar habis. Macamana nak tahu campak dah keluar habis? Dari atas kepala hingga ke hujung kaki sudah nampak campak, maknanya dah keluar habislah tu.

Jadi langkah seterusnya yang saya buat adalah mencari daun Mambu. Nasib baik ada pokok daun ni di kawasan perumahan saya. Inilah rupa daun Mambu. Daun Ini akan direndam dalam air mandian. Caranya mandi seperti biasa, selepas habis mandi, jirus badan dengan air rendaman daun Mambu. Jangan lupa tapis dulu. Kata mak saya, daun Mambu untuk mengelakkan gatal-gatal akibat campak.


Lepas mandi saya lumurkan badan anak dengan bedak muntah belut. Kalau tak guna bedak sejuk/bedak muntah belut, calamine lotion yang doktor beri pun boleh juga. Tapi Hadif tak suka bau calamine lotion, dia kata busuk. Bedak muntah belut saya beli online di blog Diari Alya dah lama dah. Nasib baik ada dalam simpanan, boleh terus pakai. Canggih zaman sekarang ye, semua benda nak order online :D

Duduk di rumah pakai seluar sahaja, tak pakai baju.


Tengok muka kesian saja. Masa ni campak sudah keluar semua dan ada yang sudah kering.


Antara yang saya elakkan semasa Hadif demam campak:-
> Saya tak bagi Hadif terlalu aktif. Main boleh tapi elakkan main sampai berpeluh-peluh. Kalau berpeluh, potensi badan untuk gatal-gatal sangatlah besar.
> Mak saya dan mertua saya pesan jangan kena hujan. Kalau kena hujan, parut campak akan jadi berlubang.
> Saya elakkan keluar rumah. Kalau berpanas nanti gatal-gatal. Kalau terkena hujan nanti parut berlubang. Jadi baik duduk di rumah saja.
> Elakkan makanan yang boleh bagi gatal. Tapi ayam memang tak boleh nak elak sebab biasanya itu yang anak-anak makan. Bagi juga dia makan, tapi tak boleh banyak-banyak. Doktor bagi petua suruh minum sup ayam. Jadi saya buatkan sup ayam untuk Hadif. Ayamnya saya bagi makan juga tapi sikit saja.

Tetapi perkara yang paling mencabar bila anak kena demam campak adalah mengelakkan anak-anak yang lain juga kena. Jadi, Hadif terpaksa tidur berasingan ditemani saya atau abahnya. Selain tu saya tak bagi Haziq dan Hana Alesya dekat selalu dengan Hadif. Main dan makan pun tak boleh berkongsi sama. Kesian juga dengan Hadif tapi nak buat macamanakan. Alhamdulilah Haziq dan Hana Alesya tidak terjangkit sama.

Ini gambar terbaru Hadif. Masih ada lagi kesan demam campak. Saya masih lagi perlu tempek bedak muntah belut di muka dia tiap malam. Harapnya parut semua akan hilang selepas ini.

2 comments:

alya said...

Salam Puan Aishah,
Kesian tengok anak tu kna demam campak. Harap sembuh cepat ye...

Aishah Megahasz said...

Pn. Alya,
Alhamdulillah demam campak dah baik dah cuma tinggal parut campak saja yang belum habis lagi.