Wednesday, October 10, 2012

Hadiah Minggu Lepas

Alhamdulillah, hadiah kecil-kecilan yang saya terima sepanjang minggu lepas. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai satu tanda kepuasan bila usaha kita membuahkan hasil.

Voucher penginapan hotel dari The Zenith Hotel. Menang dari majalah Wanita. Insyallah, cuti sekolah baru boleh pergi.


Losyen dari majalah Pa&Ma sempena Hari Ibu. Lama sudah peraduannya, bulan Mei 2012 tapi baru sekarang hantar hadiah.



Beg kertas besar bukan main. Isinya losyen seketul sahaja.


T-shirt dari website Biar Betul. Website ini mempromosikan susu tepung Dutch Lady perisa coklat yang baru. Ingat nak beri pada Huzein tapi saiz M. Jadi terpaksalah hadiah kepada diri sendiri.



Hamper Sumber Ayu dari Asia Media TV. Harga hamper dalam RM100.00. Memang banyak barangnya. Harus lepas ni kena rajin berlulur.


Hamper Mythic Oil dari Majalah Eh!. Hamper bernilai RM232.00.


Lampin pakai buang Whoopee dari peraduan di Facebook Whoopee. Menang hadiah saguhati.


Usaha tangga kejayaan. Lepas ni mahu memang hadiah besar-besar! Doakan saya.


2 comments:

Fizaazizol said...

bestnye..byk btul dpt adiah.kalo mcm ni tiap2 bulan pun best kak.hihi..akk suke masuk peraduan eh?good good :)

Aishah Megahasz said...

Fiza: Ini hobi masa lapang dari zaman belum kahwin lagi... hehehehe. Lepas tu berhenti sekejap bagi tumpuan pada anak-anak. Start tahun ni aktif balik.