Sunday, October 7, 2012

Mahu Cantik Macam Neelofa

Hari Ahad lepas saya menghadiri Bengkel Anggun & Berketerampilan anjuran majalah Mingguan Wanita dan Avon. Memandangkan bengkel ini diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang dan dekat pula tu, saya pun teruja sangatla untuk turut serta. Lagi yang buat saya teruja sebab Neelofa, duta Avon akan ada sama. Mana tahukan, boleh dapat tips-tips dari dia dan terus cantik macam Neelofa. Berangan!



Ini program sepanjang bengkel berlansung. Tapi acara yang dibuat tak mengikut program sepenuhnya.


Saya datang bersama kawan saya, Rozita (yang pakai tudung coklat). Adik bertudung merah sebelah saya merupakan student yang baru saja habis belajar. Sekarang ni dia buat part-time solekkan pengantin. Semua yang datang hebat-hebat belaka. Ada yang buka spa atau dealer Avon. Rasanya saya dan kawan saya saja yang datang suka-suka nak belajar solek.


Tengok tu barang atas meja. Semua pun ada. Anda teruja? Saya apatah lagi. Ada juga barang di atas meja yang saya tak pernah pakai pun.



Peserta yang datang memang sangat ramai. Ada yang walk-in pun diterima. Akibatnya peserta jadi terlalu ramai dan bersesak dalam bilik bengkel. 


Acara dimulakan dengan chicken dance. Saja nak bagi semua peserta happy-happy dulu.


Lepas tu ceramah oleh Dr. Azura dari LPPKN mengenai barah payudara. Seram dengar cerita beliau mengenai pesakit barah payudara.


Program disambung dengan ceramah oleh salah seorang dealer Avon mengenai cara-cara memilih pakaian dalam yang betul juga senaman payudara.


Lepas tu kami semua berhenti berehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Acara petang diteruskan dengan sesi belajar solekan dengan make-up artis terkenal Izzat. Kalau nak tengok hasil kerja dia boleh pergi ke website di bawah.


Tu dia, gaya melangkah macam diva. Izzat ni sangat peramah orangnya. Tak jemu dengar dia berceloteh sambil ajar semua peserta bersolek.




Selesai Izzat mengajar, muncul Neelofa yang memang di nanti-nantikan. Kecil molek orangnya. Kurus bebenor. Cantik pula tu! Saya yang perempuan ni pun teruja tengok dia. Yang lelaki apatah lagi.


Harus kena serbu. Semua peserta macam lupa tujuan asal datang nak belajar solek. Semua sibuk nak ambil gambar Neelofa.


Semua peserta diminta bertenang dan satu pertandingan menyolek diri sendiri di adakan. Peserta akan dinilai oleh Neelofa dan Izzat sendiri. Maka dengan gigihnya saya pun solekkan diri sendiri padahal selama ni tempek bedak dengan lipstik saja di muka.


Sambil-sambil tu Izzat berjalan tengok semua peserta. Kalau nak bertanya, inilah masa terbaik.

 
Bila Neelofa turun pentas nak tengok peserta, semua terus hilang konsentrasi termasuk saya. Bukan nak solekkan muka sendiri. Sibuk ambil gambar Neelofa pula.
 


Maniskan dia?


Ini wajah saya sebelum di solek.


Ini selepas di solek. Hish.... macam tak ada beza pun.


Tengok betul-betul, ada nampak beza tak?


Harus tak menang dalam pertandingan solek. Sebelum pulang ada lucky draw. Saya tak lucky tapi kawan saya Rozita dapat hadiah. Suka sangat dia.

Ingatkan dapatlah bergambar dengan Neelofa sebelum balik. Tapi dia asyik kena serbu saja, nak menyelit pun susah. Jadi tiadalah gambar kenangan saya bersama Neelofa.


Semua peserta diberikan sijil tanda hadir ke bengkel.


Ini goodie bag dari Avon. Ada beg kecil dan juga aksesori untuk semua peserta.


Mingguan Wanita pula menghadiahkan senaskah majalah Mingguan Wanita dan Rasa.

 
Secara keseluruhannya saya enjoy dapat belajar perkara baru. Balik memang kena praktikkan. Kata nak cantik macam Neelofa!

3 comments:

lobam said...

dah jadi follower..jangan lupa follow saya pula ya.

http://lobam-bam.blogspot.com/

Mama Zharfan said...

teringin nak attend bengkel solekan...

Aishah Megahasz said...

Joinla Suzi. Nanti Mingguan Wanita akan buat lagi dekat Pejabat Karangkraf rasanya. Bila tak ingat. Details kena tengok dalam Mingguan Wanita.