Monday, October 8, 2012

Seri Dewi & Keluarga Oktober 2012

Majalah Seri Dewi & Keluarga Oktober 2012, cantik sangat penghias muka depan, Wardina dengan Diana Amir. Sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap bulan saya beli Seri Dewi & Keluarga. Bulan Oktober ni beli lagi.


Salah satu sebabnya sebab ada kawan beritahu saya menang dalam peraduan Top Day Fresh dalam majalah ini. 


Close up sikit nama.
 

Bila dibelek-belek lagi terselit nama Huzein sebagai pemenang dalam Peraduan Hari Bapa.



Oh, lagi seronok bila tengok muka saya dan Hana Alesya dalam ruangan Wajah Seiras. Tapi tersilap pula tulis nama Hadif Syahmi di situ. Eh, bukan salah saya hantar nama anak, tapi masa tu saya hantar 2 gambar, gambar saya bersama Hana Alesya dan gambar saya bersama Hadif Syahmi. Yang keluar bersama Hana Alesya tapi ditulisnya nama Hadif Syahmi.


 Seronok? Mestilah, sebab dapat hadiah :D