Tuesday, November 27, 2012

Aquaria KLCC

Percutian kami di Kuala Lumpur dalam rancangannya hendak bawa anak-anak ke Petrosains. Malangnya tiket untuk hari tersebut sudah habis gara-gara cuti sekolah. Siap ada rombongan budak sekolah lagi datang melawat. Jadi kami bertukar arah ke Aquaria.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Aquaria, tiket, pakej istimewa boleh KLIK DI SINI. Kalau pergi dengan keluarga boleh dapatkan pakej keluarga, murah sikit. 


Itupun punya hazab beratur. Ramai sungguh orang. Ikutkan hati macam malas nak beratur. Tapi untuk anak-anak, beratur jugalah.



Tiba-tiba pekerja Aquaria buat pengumuman Starbucks buat promosi pemberian air percuma. Saya minta Huzein beratur untuk beli tiket dan saya pergi beratur untuk dapatkan air percuma. Berkat beratur panjang dapat 2 blended ice. Lega, dapat basahkan tekak sebelum masuk ke dalam Aquaria.


Kedatangan kami ke Aquaria disambut oleh ikan pirana.


Tengok tak ganas pun macam yang digambarkan dalam filem.


Huzein pegang gamat. Saya geli nak pegang, sentuh sikit-sikit saja.


Ini antara haiwan yang terdapat di Aquaria. Anak-anak memang teruja.







Sah-sah tulis dekat belakang di larang ambil gambar. Lepas ambil gambar baru perasan.


Bagaimana agaknya kalau tiba-tiba terjatuh dalam kolam yang dipenuhi dengan ikan yu ini?


Haziq teringin nak posing dalam mulut jaws. Hadif lari duduk jauh-jauh, takut!


Memandangkan tiada siapa nak bergambar dengan encik yang menyelam, pemberi makanan kepada ikan, saya menawarkan diri untuk bergambar.


Tempat yang paling best adalah melalui terowong ini. Dapat tengok ikan di kiri, kanan dan atas. Ikan seolah-olah terbang di atas kepala kita.







Singgah berhenti berehat sambil menonton dokumentari berkenaan nelayan yang tangkap ikan yu semata-mata untuk mengambil siripnya sahaja. Lepas tu ikan dibuang ke dalam laut, hidup atau mati tak ambil kisah. Maklumlah sirip ikan yu mahal, yang lain-lain tak berbaloi bawa balik, jadi dibuang semula ke dalam laut. Kesian betul.


Keluar dari Aquaria ada kedai cenderahati. Ambil gambar saja, tak singgah pun. Malas nak masuk sebab sudah letih.


Hadif dah letih sangat sampai minta Huzein dukungkan dia.


Kami singgah di Food Court KLCC untuk berehat dan minum-minum. Anak-anak request nak akan aiskrim. Mahal betul, satu aiskrim mencecah harga RM4.00.


Ini budak yang sangat letih. Lepas makan aiskrim terus tertidur sambil duduk. Kesian betul!


3 comments:

Mama Zharfan said...

dh lama me tak pegi sini...dulu pernah pegi aquaria masa my zharfan kecik2 :)

Nad @ MamaZN said...

kak aishah,
bape rm masuk sini utk famili kak aishah?

Aishah Megahasz said...

Suzie: Dekat je kalau nak pergikan... hehehe. Bawalah anak-anak, mesti seronok.

Nad: Pakej family untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kalau tak silap RM99.00. Aiyo... ingat-ingat lupa sebab Kak Aishah yang bayarkan...hehehehe