Friday, November 9, 2012

BYO Cup Day di 7Eleven


Event yang sangat best! Sempena menyambut tarikh 7/11, Slurpee boleh dibeli dengan harga RM2.20 dan boleh bawa bekas sendiri untuk isi Slurpee. Bawa apa saja, tupperware, jag, tin biskut (ada ke?) atau timba (nak mandi ke apa ni?) untuk isi Slurpee. Harus bawa bekas sebesar yang boleh untuk isi Slurpee, kalau tidak buat rugi saja. Tapi ada ukuran yang dibenarkan. Sebelum pam Slurpee masuk dalam bekas, ada ukuran diletakkan berdekatan dengan mesin Slurpee. Kalau cukup baru boleh pakai bekas tu.
 
Saya ke 7Eleven cawangan Bertam. Adik-adik staf dekat situ peramah dan baik hati. Jenis tak kisah sangat.

 
 

Memandangkan Huzein tiada kerana ke KL, saya bawa anak-anak berpesta Slurpee di 7Eleven. Bawa jag yang paling besar ada dekat rumah. Memang kecoh kami berempat di situ. Nasib baik tak ada pelanggan lain. Dah habis kecoh beli, kecoh ambil gambar pula. Kalau ada abah budak-budak ni harus kena bising sebab bagi minum ais banyak sangat, takut batuk. Jangan marah ye encik abah. Setahun sekali saja.
 
Tengok tu beria-ria dan berebut-rebut menyedut Slurpee.
 

 
 

 
Ambil gambar dengan penuh bergaya sebab saya kata pada Haziq nak hantar gambar dia untuk contest.
 

 
Sebelum keluar 7Eleven minta maaf dengan adik-adik yang kerja di situ. Nasib baik mereka semua sporting. Senyum saja tengok gelagat kami.


No comments: