Thursday, November 1, 2012

Campak Lagi

Macam berkurun saya tak update blog. Sibuk dengan anak-anak yang kena demam campak. Ingatkan lepas Hadif kena dan baik, Haziq dan Hana Alesya akan selamat. Rupa-rupanya tidak. Seminggu selepas itu, giliran Hana Alesya dan kemudiannya Haziq.

Yang paling leceh Haziq kena dalam minggu peperiksaan pula tu. Atas perbincangan dengan guru kelas, Haziq dikuarantin di bilik guru untuk untuk ambil exam. Lepas habis, Cikgu Nani akan telefon dan saya ke sekolah ambil Haziq. Harapnya Haziq dapat buat dengan baik sebab peperiksaan akhir tahun akan menentukan kedudukan dia di dalam kelas mana semasa Tahun 2.

Memandangkan Haziq yang terakhir kena, jadi demam campaknya tidaklah begitu teruk. Ini gambar semasa Hari Raya Haji. Parut di muka pun nampak sedikit sahaja.


Tapi paling tak boleh tahan tengok muka Hana Alesya. Sudahla jadi banyak, dia suka sangat korek parut demam campak tu. Jadi bertambah-tambah teruk. Penat pesan, tapi bila dia asyik je mesti dia korek. Nanti berparut muka anak ibu dah tak comel dah nanti.


Alhamdulillah semua anak-anak dah semakin sihat. Cuma tinggal Hana Alesya saya parutnya belum habis lagi. Tinggal sikit saja lagi. Harap habis cepat sebab cuti sekolah dah nak dekat. Nanti kita pergi jalan-jalan.

No comments: