Thursday, November 1, 2012

Hadiah Kecil Diterima Dengan Hati Yang Besar

Walaupun hadiah yang diterima adalah kecil sahaja, tapi saya sangat berbesar hati terima. Siapa nak bagi hadiah freekan? Hati tetap seronok terima.

4 tiket wayang untuk filem Untuk Tiga Hari dari Asia Media TV. Tiket diposkan ke rumah. Memandangkan saya susah menonton filem ini, saya beri pada kawan-kawan.



Saya menang 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak dari Desa Waterpark. Seronok sangat! Memandangkan cuti sekolah bulan November ini saya akan ke Kuala Lumpur, jadi dapatlah kami sekeluarga bergembira di sini. Jimat sikit duit.


Barangan edisi terhad dan voucher bernilai RM100.00 dari Clinelle. Rupa-rupanya barangan edisi terhad itu ada CD lakonan duta Clinelle, Penny Tai untuk promosikan barangan Clinelle. Voucher pun hanya boleh dipakai dengan pembelian bernilai RM130.00.


NH Natural Clenx Tea. Pek kecil ada 10 uncang. Ragu-ragu pula nak try minum.


Rantai kunci dari Elite Model Fragrances. Comel, dapat saja terus saya simpan. Kalau anak-anak tengok harus berebut nak.


CD Power Hits 2012 dari Facebook NTV7 The Breakfast Show. Jawab soalan dengan pantas dan dapatlah hadiah CD ini.


Voucher Giant bernilai RM10.00 untuk contest dalam Facebook Dutch Lady. Kena hantar hasil kraftangan anak. Ini adalah hadiah penyertaan awal.


Produk Dashing dari Facebook Dashing For Men. Ini pun kena jawab soalan dengan pantas. Ingatkan dapat sampel saja.


Duit RM500 untuk peraduan Harian Metro dan Mr. Potato telah pun dimasukkan ke akaun saya. Patutlah gatal-gatal tangan hari tu, rupa-rupanya nak dapat duit.


Alhamdulillah. 

2 comments:

Nad @ MamaZN said...

Bleh la g.same2 desa water park.tu..saya pun menang gak.ritu =)

Aishah Megahasz said...

Nad: Saya pergi minggu pertama cuti sekolah :D