Thursday, November 22, 2012

Hadiah Lumayan


Lama sungguh tak update blog, maklumlah cuti seminggu. Lepas masuk kerja terus sibuk dengan kerja pula. Ada banyak yang saya nak blogkan. Tapi kita start dengan yang paling best dululah, hadiah-hadiah yang saya dapat sepanjang minggu lepas-lepas.

CD Single Baby Shima dari MyTV3. Oh, jangan tanya siapa Baby Shima? Saya tak kenal sangat artis baru-baru ni. Saya jawab soalan pun tanya dengan pakcik Google. Hasilnya dapatlah CD ini. 


Briefcase Alain Delon dari majalah Seri Dewi dan Keluarga. Menang untuk peraduan Hari Bapa.


Hamper Kotex dari majalah Rapi. Boleh tahan banyaknya. Jimat belanja sebab memang akan pakai.


Ini pun jimat belanja. Hamper barangan Top dari majalah Seri Dewi dan Keluarga.


Voucher RM10 dari Jusco untuk Peraduan Snapshot & Win.


Voucher RM10 Old Town White Coffe dari Peraduan Varia Rasa Sunquick. Peraduan masih lagi berlansung. Tonton rancangan Varia Rasa Sunquick setiap hari Ahad, jam 12.30tengahari di TV1. Jawab soalan dengan sms.


Hamper produk Carrie Junior. Ini menang hadiah saguhati untuk peraduan bergambar Carrie Junior. Saya suka produk ni sebab wangi.


Tiket untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dari Desa Waterpark. Tiket pun sudah selamat dijual. Hari tu pergi KL tapi tak sempat nak pergi ke Desa Waterpark.


Ok, itu saja. Tak banyak, tapi best sebab kebanyakkannya dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

2 comments:

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

Kak Aisah...ada join ka contest Saladin tv3??? Sbb aimi tgk tv n nampak nama Noor Aisah Binti Ahmad (Pulau Pinang) menang hadiah saguhati dlm peraduan Saladin tu.

Aishah Megahasz said...

Aimi: Kak Aishah ada masuk.....alamak dah lama tak tengok TV tak tau pun menang. TQ bagitau.