Thursday, November 22, 2012

Hari Ihtifal 2012 Khalifah Intelek

Seminggu sebelum persekolahan tamat, rangkaian Tadika Khalifah Intelek telah mengadakan Hari Ihtifal di dewan NPC Kepala Batas. Ihtifal tu macam konvokesyan untuk anak-anak di Khalifah Intelek.

Masa kami sekeluarga sampai, ramai ibu bapa dah sampai. Dewan pun dah penuh. Jadi kami berdiri saja di belakang pentas. Acara dimulakan dengan ucapan dari Pengurus, bacaaan doa, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya juga Azan oleh para pelajar. 


Hadif dan kawan-kawan dalam kelas 4 tahun berkumpul untuk bersiap sedia membuat persembahan.



Haziq pun turut serta dalam persembahan bersama dengan kawan-kawan. Haziq transit di Khalifah Intelek sebelum bersekolah pada sesi petang. Biasanya di sini pada waktu pagi Haziq akan belajar agama dan mengaji. Dia juga ambil kelas Smart English yang diadakan seminggu sekali di sini.


Pelajar yang berumur 6 tahun dan akan tamat belajar di Khalifah Intelek di raikan. Pelajar-pelajar yang cemerlang juga diberi penghargaan.



Persembahan dari Haziq dan kawan-kawan.


Persembahan Hadif saya tak ambil gambar. Huzein ambil dengan kamera telefon dia. Lupa nak minta.

Kami sekeluarga terpaksa bergegas pulang lepas anak-anak selesai buat persembahan sebab Huzein nak bertolak ke KL selepas tu.

Kembali ke sekolah cikgu beri hadiah yang Haziq dan Hadif dapat. Hadif dapat set alat tulis dan Haziq dapat jam. Seronok bukan main. Alhamdulillah, result akhir tahun Haziq dan Hadif pun bagus. Tahun depan usaha lagi ok!

No comments: