Wednesday, November 28, 2012

Katak Sesat Di Pelancaran Bertam Lakeside

Majlis Pelancaran Bertam Lakeside telah diadakan pada Sabtu lepas. Kalau tidak kerana Hadif terlibat sama, macam malas saja nak pergi.


Orang yang datang taklah ramai sangat. Yang meramaikan cuma ibu dan bapa anak-anak yang terlibat dengan peraduan mewarna dan persembahan.


Hadif masuk peraduan mewarna. Suka-suka saja. Warna pun tak habis sebabnya sibuk bersembang dengan kawan di sebelah. Masa yang diberi hanya 1 jam dan lukisan pun besar sangat. Ramai budak-budak kecil tak warna habis. Mungkin sebab bosan dan jemu nak habiskan.





Ini budak sudah pandai posing sambil buat gaya flying kiss. Entah belajar dekat mana entah.



Lepas selesai aktiviti mewarna, Hadif dan kawan-kawan tukar baju, bersiap sedia untuk acara persembahan. Bila dia keluar dari bilik persalinan, tengok dia pakai baju katak yang comel ni.



Hadif dan kawan-kawan.



Semua bergambar beramai-ramai dengan cikgu.



Hadif dan Hana Alesya. Haziq tiada. Dia berada di kampung, tinggal bersama Opah dan Atuk. Insyallah minggu depan saya akan pulang ambil dia di sana. Hati ni dah teringat-ingat dah. Tadi telefon bercakap dengan dia pun dah rasa sebak (Oh, saya sangat sensitif :P )



Antara persembahan yang dipersembahkan oleh anak-anak kecil. Comel-comel belaka. Ada persembahan tarian, nyanyian, azan dan juga hafaz Al-Quran.









Ini persembahan dari Hadif dan kawan-kawan. Tak ingat tajuk lagunya, tapi berkaitan dengan katak panggil hujan.






Selesai persembahan, kami duduk makan sambil melihat anak-anak yang menang dalam pertandingan mewarna ambil hadiah. Hadif makan apom ladybird. Comel dan sedap.


 Hadif dapat saguhati saja. Ada fail yang diisi dengan buku, pensel warna dan kotal pensil. Bagi dia tak kisah dapat hadiah apa, yang penting dapat hadiah. Seronok bukan main lagi.


Ok, jom balik.

2 comments:

With Julia said...

Seronoknyer yer anak u masuk peraduan mewarna heheh...so sweet happy family dear ")

lets keep in touch always ya...see u there

Aishah Megahasz said...

Julia: Masuk suka-suka saja. Bukan bersungguh sangat, tak pandai mewarna, baru 4 tahun.